Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, March 5, 2014

update

assalamualaikum. sian blog ni dah lama tak berjenguk. bizi sungguh aku lately ni kat opis. huhu.. so mari kita buat pemanas badan dgn entry bergamba...hehe 

ini amir. skg dah pon 1 tahun 3 bulan. sudah sgt lasak & kemain suka kalau dapat berjalan tanpa halangan ibu bapa..hehe


ni pulak Alya. Insyaallah bulan 4 ni usia dia 3 tahun. Dah semakin cerdik & sekarang ni sedang ber'physicology' utk wean off dia..huhu



sian amir. last month hero ni kena tampal sikit kat dahi dia gara2 terjatuh sampai terhantuk kat bucu tangga.. erm agak skeri sikit kalau aku teringat balik...




disebabkan budak dua org ni mmg suka mandi & boleh berejam2 dok main2 air dlm toilet, so mari kita mandi dlm swimming pool.. mandi la korang sampai kecut2 kulit..



masa shopping hari tu, saje je la nak test mainan ni. nak tengok jugak riaksi budak2 ni dgn benda ni.. erm, berjurai2 air mata budak dorang tu masa nak tinggalkan mainan ni...hehe

Thursday, January 9, 2014

Ketawa bersama....Menangis bersama..

Alya & Amir slalu bikin umah huru hara. Hehe. Bising bebenor bila dorang beraktiviti sesama. Yg amir ni suka sgt mengekor kakak dia. Kakak gi bilik dia gi bilik. Kakak duduk dia pon duduk. Kakak main barbie doll dia pon nak main jugakk.. yg x menahan siap boleh jadi perebutan la plak pastu...Bila dah berebut confirm la akan ade adegan air mata. Kdg2 bila sorg tu dah nangis lagi sorang tu ikut skali menangis.. adusss jenuh nak memujuk bila dah berjemaah nangisnya...

Tp kalau dorang dalam mood happy, bole ketawa sama2. . Peluk2,  alya boleh sengih2 jer bila kena tarik rambut siap bleh cium amir... hehe.. kalau dorang happy ktrg pon sama happy. nak buat kerja2 rumah pon boleh lagi tersenyum2.. cer la kalo masing2 bergaduh memekik2, mmg tak aman la haku nak buat kerja...

dah 3 malam, amir tido sebelum kul 9 malam. start aku tgh solat maghrib dia dah merengek2 (sign ajak tido). masa hari isnin tu lagi la best, masa tgh tengok berita dalam kul 8.15 cmtu dah terkulai tido masa tgh nyusukan dia.. mmg terbaik!! terus angkat masukkan dalam cot & boleh la ktrg & alya sambung berjimba kat hall..:)  hahahaha.

semalam pun aman sikit aku nak packing baju bila amir dah tido kul 9 malam. alya mcm biasa la, selagi ktrg tak tido, selagi tu la dia sibuk main2... kdg2 suka sgt main sambil bising2 dalam bilik. yang aku ni dok risau jer kalau amir terjaga time aku tgh buat kerja...huhu. tp ok alhamdulillah aktivity mempacking barang sukses.. half of the thing dah berjaya masuk dalam beg. malam ni misi perlu diteruskan lagi...

ok, nak cerita sikit pasal alya.. aktiviti feveret la ni menyanyi. tapi failed sikit sbb nyanyi tanpa ade perasaan.. hahaha. contoh nye semalam masa tgh cuci berak dia, sibuk la dia dok menyanyi dalam bilik air. lagu TANYA SAMA POKOK. yang kagumya boleh nyanyi sampai abis tanpa lupa lirik.. kagum weiii, tp cara nyanyian dia serius kaku giler...hehehe..senada sambil suara yang terjerit2... aku yang mendengor pon tersengih2 sbb rasa mcm terhibur giler...

pastu masa ktrg makan kat mcd, masa tgh sibuk beratur tunggu turn, tanpa perasaan malu dia ade gak buat free show. lagu IBU...IBU.. ENGKAULAH RATU HATIKU.........hehe. alya ni kdg2 very unpredictable. kdg2 mcm segan  ngan org..kdg2 mcm jenis tak kisah..huhu...

mulut dia ni skg ni pon kemain becok.. bersiap2 sedia la dgn jawapan skema.. haha. kdg2 sampai dah tak tau nak jawab soklan dia sbb terlalu specific yang ditanya. hehe



muka masam sbb baru bangun tido...



bersama kereta kecil warna merah....


yahooo!!!! terabur!! terabur!!


cobaan berebut barbie dari kakak..


tapi KALAH.....hehehe


suka sgt mengekor kakak ...



Thursday, December 12, 2013

4 days 3 night at An Nur Bangi

ceh macam best sangat tajuk percutian aku kali ni...hehe. actually baru2 ni alya warded di Annur disebabkan batuk berkahak (bronchitis). mmg teruk giler batuk alya kali ni, sampai 2 malam dia tak boleh tidur lena disbbkan asik batuk, batuk & batuk. so at the end after hantar mak ayah & ila kat KLIA sabtu lepas, ktrg decide utk jumpa paed saje.

after packing sesikit barang, masak macaroni sup utk amir & alya (senang amir dah setaun, sume makanan dah boleh share) terus ktrg ke Annur. Masa tu mmg dah agak doktor akan tahan ward disbbkan condition alya. dengan meragam, tanak makan, batuk yg teruk & sah after dah jumpa doktor terusla ditahan nya alya kat annur..

disebabkan plan utk berkampung beramai2 sekali di annur, so ktrg terus request for the single bed. alhamdulillah, sangat selesa utk ktrg 4 beranak. service ape yang boleh aku simpulkan sangat tip top & aku sangat puas hati. utk permulaan alya kena neb 4 jam sekali. mmg agak bergelut la jugak bila nak kena neb tu, tp after batuk dia dah semakin ok, barulah neb dia dikurangkan 6 jam sekali.

sepanjang kat ward tu aku kagum giler dgn dia. senang wei nak bagi ubat. drama air mata mmg tadak. ko cakap jer "alya, ubat time.." dgn senang hati sambil sengih2 dia tadah jer mulut dia masuk ubat. siap boleh cakap dgn aku "ibu, sedap ubattt..." cuba la kalau bagi ubat tu kat rumah. erm meraung2 macamkan hapa jer.

mak ayah mertua banyak sangat bantu waktu alya warded. mmg aku tak jejak langsung kat rumah dari hari sabtu after alya warded sehingga ke hari selasa. mak ayah yang jaga rumah, sapu umah, masak2, mop lantai, huhu, basuh segala baju2 ktrg yang banyak giler..adui, tak terbalas budi dorang..  T_____T
amir mmg ktrg bawak sekali bermalam kat ward. 3 org tido sekatil. so bapak budak mintak mahap la yer, terpaksa tido dgn toto kat lantai.. katil tak muat la pulok...hehe..

so sehingga ke hari ni, alya masih lagi dibawah pengawasan mak mertua aku..dia willing utk jaga alya kat rumah. so, just hantar amir jer ke nursery. sorry dik!!! batuk both of them dah makin hilang. oh yer, amir pon batuk jugak tp batuk yang ala2 manja tu je la.. sikit2 jer. tp ubat still aku bagi kat dia...

aku doa sangat semoga kami anak beranak dilindungi dari segala penyakit2 ni...amin...






Single bed in annur     


pesakit yang baru bangun tido



explore sana sini..


OK la. selesa jugak la utk 4 beranak tido memalam..


toto yg banyak berjasa..hehe


bergelimpangan tido 2 beradik


1 Year Old Amir Safwan bin Fairudin

ampunkan ibu amir. lambat sikit nak buat entry kamu sempena kamu satu tahun.. happy first birthday sayang!!!!! sungguh tak ku sangka si baby yg dikelek dulu2 sudah pun setahun. huhu. dah tak boleh duduk diam, kerja nya dok nak explore saje.. bila dia nampak kita, nangis2 soh dukung. bila dah didukung meronta2 pulak nak soh lepaskan..erm, sabar jelah.

progress amir alhamdulillah sangat bagus. skg ni jalan dah laju, panjat tangga dah laju, makan sangat2 laju, hehehe.... kita menyanyi dia pon sibuk nak menyanyi jugekk. amir pon aku noticed dia sangat independent. senang dijaga & kurang meragam. buat masa ni dia masih lagi fully breastfeed disamping dah pon makan solid food. dah setaun ni aku pon dah tak berapa strict la sangat bab2 makan dia. cer dulu kalau sebelum setaun, bila hasben sibuk nak nyuapkan makanan selain makanan yang aku buat, mmg kena jeling habisla..hehe...

skg ni tidur malam amir pon dah boleh stright sampai ke pagi. tp ade jugak la kekadang dia akan bangun malam utk menyusu . tp tak la sekerap dulu. oh yer, amir masih menyusu badan sambil aku duduk..huhu.. cer bayangkan kalau malam2 amir & alya bangun secara serentak utk menyusu. memula aku akan susukan amir secara aku duduk..pas dia dah kenyang & terlena, aku letakkan dalam cot & terus pulak baring sebelah alya utk susukan dia pulak..pheww!! -lap peluh-

tabiat terbaru amir skg ni hisap ibu jari kaki dia.. oo yeyeyehhh.. nak adik letteww.. erm, tp sabar dulu yer sayang, bagi can la ibu nak rest sikit & nak betulkan balik urat2 yang tersimpul ni. tp still aku takkan menolak kalau mmg ditakdirkan ALLAH utk anak ketiga ni secepat yang mungkin. berserah aja pada yang ESA.

plan utk birthday celebration mmg tadak. tunggulah bila2 time mood dah mari. maybe kalau ada pon, setakat kek secret resepi aje la kot. hehe..


kakak yang sudah mula boleh tolerate dgn adik. sikit2 dah boleh share barang2 dia dgn amir.. :)


gatal gusi..


seronok plak dia main rocking horse ni.. macam mau belikan ajer utk besday present..

Thursday, December 5, 2013

sesaja

today aku bersiaran dari rumah. alya kurang sihat. dia dapat pakej yang agak lengkap kali ni, demam, batuk & selsema. sian dia. get well soon sayang. amir pulak terpaksa dihantar ke nursery sbb aku bukan sesaja dok umah. dr tadi dok ngadap lappy buat keje. kalau dgn dia, mmg nak kena ngadap dia saja la..hehe. tp sian jugak amir, today adalah birthday dia.. happy birthday sayang.. petang ni ibu jemput amir awal yer.. :). ni baru nak renggang kan urat2 sikit & nak update sesikit dalam blog.

skg ni alya tengah lena tido dalam buaian.. hehe. takpe la bagi can dia tido buai. at least dia batuk2 dalam buai still boleh lena lagi. cuba la kita letak dia atas katil.. huhu. disaster!! batuk2 terus mengamuk sbb terjaga tido. dari semalam mak & ayah mertua ada kat rumah sini. datang disbbkan ke rumah adik ipar sebenarnya. tp singgah sini sbb budak2 kurang sihat. oh yer, demam ni di mulakan dengan amir sebenarnya. then after dia ok, berjangkit plak kat aku. pelik sangat simptom demam aku sbb aku nyer demam sampai muntah2 & tak selera makan. cuak gak kalau2 ngandung. sbb amir skg ni suka sangat hisap ibu jari kaki dia. hasben pulak dah hint2 semacam ajer.. hehe.

segan la bila mak & pak mertua dtg sini. tak berenti buat keje.. ni jap lagi dia dah nak balik gadek. tp sempat jugak dia masakkan utk ktrg satu famili. aduhaiii. malam ni pulak mak ayah aku pulak datang. alhamdulillah murah rezeki org tak putus2 datang. insyallah sabtu pagi, mak ayah & ila akan ke UK utk konvo akak sulung aku. so, ktrg akan hantar dorang ke KLIA sabtu ni.. :)

okla, i is lapa. alya pon mcm dah nak bangun...babai..




Friday, November 29, 2013

Alya sofea almost 32 month = 2 tahun 8 bulan

alya now dah almost 32 bulan.. sangat petah bercakap. mmg kejenya nak bercakap je la skg ni. asal nampak something, mmg akan ditanya. so far, aku & hasben mmg akan layan je. mcm hari tu masa kat gadek, dia belek2 album ktrg gi langkawi. time tu aku aku tgh pregnantkan dia la. pastu sibuk dok tanya "mana alya? mana alya?".hehe. sama gak kalo tengok album kawen. sume org dalam album tu yang dia kenal, dia terjerit2 sebut nama " ni mak tok, ni aunty, ni nenek, ni atukkk, ni ayah, ni ibu..." pastu kang nnti dia buat muka pelik tanya kat ktrg "alya mane?" :)

alhamdulillah skg ni dah boleh baca doa makan. yang ni mmg dia dah boleh baca after masuk nursery. siap dgn makna doa skali you.. kagum sekejap. alfatihah pon dah boleh baca sikit2.. mmg kalau nak listkan, banyak sgt improvement dia bila masuk nursery. baju seluar dah boleh pakai sendiri. bagi arahan mmg dah boleh ikut. baca abcd ok sukses, alif ba ta pon alhamdulillah ada kemajuan. suka tgk perkembangan dia setakat ni.

nama maktok, nenek pon ok dah pass. tp bab nama atuk still lagi fail sbb dia akan gabungkan nama atuk2 dia skali gus. hehe

ibu: alya, sapa nama nenek?
alya: fatimah
ibu: nama mak tok?
alya: aminah
ibu: nama atuk plak?
alya: borhan karimmmm    I_____I

baru2 ni masa ktrg tgh duduk2 sambil tgk tivi, aku nyanyi la "tanya sama pokok, apa sebab goyang.." pastu next lirik tu aku lupa then aku just miming jer. tetiba alya boleh plak sambung "nanti jawab pokok, angin yang goncang.." hehe.. gud girl, budak2 mmg mudah ingat & serap apa yang pernah kita buat.

pastu skg ni gak, dia mmg suka berangan. aku ada la belikan dia buku nombor. dalam buku tu ada lah nombor2 yang disusun dalam kotak. slalu tau dia akan bukak page tu then dia akan tekan nombor tu buat2 macam tgh tepon org... pastu nanti dia akan cakap la sorang2 mcm tgh bergayut tu..hehe. mcm semalam dia buat2 mcm tgh bercakap dgn ayah dia.

alya soal: helo.. ayah ada?
alya jwb : oo..ada..
alya soal: ayah tgh wat ape?
alya jwb: ayah tgh wat keje
alya soal: ayat katner
alya jwb : ayah kat TM
alya soal: ayah, alya takut la.....takut sangat ayah takde.. (tak paham apsal nak takut...)ok ayah assalamualaikum
alya jwb: waalaikumsalam

gittew la pebualan dia. kdg2 dia borak2 ngan kawan . tp kalau ngn kawan mcm2 la dia tanya " kawan dah makan? kawan makan ape? sedap?"... hehehe..

sekarang mmg dah boleh sangat diharap. kalau kita mintak tolong & mmg kena dgn mood baik dia, dia akan willing utk tolong. kalau dia dah sepahkan mainan, dia akan simpan semula. siap boleh marah adik dia kalau adik sepahkan balik.. huhu. kdg2 tu, dia suka juga memunggah barang. nanti bila dah penat dia ckp "erm..ibu, alya penat la.." yang tak tahan tu siap ade bunyi sound effect ngeluh2 la. mcm penat bebenor.. tu la sapa suruh memunggah ..hehe

kalau kita solat pulak, cepat2 dia pakai telekung dia & ikut apa yg kita buat. after abis solat, terus dok kat pangku utk baca doa sama2..sweet sgt..

okla, tu jer kot yang igt buat masa ni.. erm, next week ada majlis penutup akhir tahun nursery dia. alya ade masuk persembahan.. cikgu ckp dia buat persembahan nyanyian. tak saba nak tgk dia perform..:)









Tuesday, November 19, 2013

Saya suka dgn anak2...

Sian alya dok kena buli ngan adik lately ni. Sikit2 kena cepuk ngn amir. Sikit2 kena cakar. Tak puas dgn cakar, kena pulak cubit & gigit. Huhu. Cian alya. Yang si alya tu pulak mcm tak paham2 lagi dgn perangai adik. Sikit2 nak dok dekat2, sikit2 nak cium amir. Tak takut langung. Xde serik pon..

Baru2 ni dah tak berapa nak cun muka alya dek kena cakaran harimau adik dia. Hangin gak la aku dgn amir. Tp nak marah tak boleh la pulak sbb dia bukannya paham pon. So just geram2 sayang je la.. huhu. Bukannya alya je sorang yang kena, hasben & aku pon slalu gak la kena. So redha je la. Banyak kali gak mulut aku luka disbabkan kena hantuk ngan amir.. huhu.

Amir ni dia punya aktif menggeletis tak boleh duduk diam mmg tak boleh tahan.mcm last week dia demam tonsil. Dalam pada demam2 tu kemain ligat jugak. So sbg hadiah dapatla sebijik lebam kat pipi disebabkan tergesel kat bucu kabinet living hall atas. Tapi tak serik lagi tu. Esok nya kena lagik gesel kat kabinet tv living hall bwh plak. Apo nak dikato dik? Terima je la...

Aku sungguh kagum betul dgn parents yang ada anak ramai & rapat2. Ktrg ni yg baru je ade 2 dah terasa kelam kelibut dgn rumah yang agak huru hara tak terurus..hehe. tp still lagi plan nak ber anak ramai. Sbb huru hara la best. Kalau umah sunyi jer tak best plak kan? Hehe

Jalan terkedek2... 


Sian muka alya kena cakar dgn amir



Kesan lebam kat pipi. Gud job dik!


Panorama di rumah hari2. Berebut barang & rumah ku yang sngt 'cantik'