Thursday, January 9, 2014
Ketawa bersama....Menangis bersama..
Thursday, December 12, 2013
4 days 3 night at An Nur Bangi
after packing sesikit barang, masak macaroni sup utk amir & alya (senang amir dah setaun, sume makanan dah boleh share) terus ktrg ke Annur. Masa tu mmg dah agak doktor akan tahan ward disbbkan condition alya. dengan meragam, tanak makan, batuk yg teruk & sah after dah jumpa doktor terusla ditahan nya alya kat annur..
disebabkan plan utk berkampung beramai2 sekali di annur, so ktrg terus request for the single bed. alhamdulillah, sangat selesa utk ktrg 4 beranak. service ape yang boleh aku simpulkan sangat tip top & aku sangat puas hati. utk permulaan alya kena neb 4 jam sekali. mmg agak bergelut la jugak bila nak kena neb tu, tp after batuk dia dah semakin ok, barulah neb dia dikurangkan 6 jam sekali.
sepanjang kat ward tu aku kagum giler dgn dia. senang wei nak bagi ubat. drama air mata mmg tadak. ko cakap jer "alya, ubat time.." dgn senang hati sambil sengih2 dia tadah jer mulut dia masuk ubat. siap boleh cakap dgn aku "ibu, sedap ubattt..." cuba la kalau bagi ubat tu kat rumah. erm meraung2 macamkan hapa jer.
mak ayah mertua banyak sangat bantu waktu alya warded. mmg aku tak jejak langsung kat rumah dari hari sabtu after alya warded sehingga ke hari selasa. mak ayah yang jaga rumah, sapu umah, masak2, mop lantai, huhu, basuh segala baju2 ktrg yang banyak giler..adui, tak terbalas budi dorang.. T_____T
amir mmg ktrg bawak sekali bermalam kat ward. 3 org tido sekatil. so bapak budak mintak mahap la yer, terpaksa tido dgn toto kat lantai.. katil tak muat la pulok...hehe..
so sehingga ke hari ni, alya masih lagi dibawah pengawasan mak mertua aku..dia willing utk jaga alya kat rumah. so, just hantar amir jer ke nursery. sorry dik!!! batuk both of them dah makin hilang. oh yer, amir pon batuk jugak tp batuk yang ala2 manja tu je la.. sikit2 jer. tp ubat still aku bagi kat dia...
aku doa sangat semoga kami anak beranak dilindungi dari segala penyakit2 ni...amin...
1 Year Old Amir Safwan bin Fairudin
Thursday, December 5, 2013
sesaja
skg ni alya tengah lena tido dalam buaian.. hehe. takpe la bagi can dia tido buai. at least dia batuk2 dalam buai still boleh lena lagi. cuba la kita letak dia atas katil.. huhu. disaster!! batuk2 terus mengamuk sbb terjaga tido. dari semalam mak & ayah mertua ada kat rumah sini. datang disbbkan ke rumah adik ipar sebenarnya. tp singgah sini sbb budak2 kurang sihat. oh yer, demam ni di mulakan dengan amir sebenarnya. then after dia ok, berjangkit plak kat aku. pelik sangat simptom demam aku sbb aku nyer demam sampai muntah2 & tak selera makan. cuak gak kalau2 ngandung. sbb amir skg ni suka sangat hisap ibu jari kaki dia. hasben pulak dah hint2 semacam ajer.. hehe.
segan la bila mak & pak mertua dtg sini. tak berenti buat keje.. ni jap lagi dia dah nak balik gadek. tp sempat jugak dia masakkan utk ktrg satu famili. aduhaiii. malam ni pulak mak ayah aku pulak datang. alhamdulillah murah rezeki org tak putus2 datang. insyallah sabtu pagi, mak ayah & ila akan ke UK utk konvo akak sulung aku. so, ktrg akan hantar dorang ke KLIA sabtu ni.. :)
okla, i is lapa. alya pon mcm dah nak bangun...babai..
Friday, November 29, 2013
Alya sofea almost 32 month = 2 tahun 8 bulan
alhamdulillah skg ni dah boleh baca doa makan. yang ni mmg dia dah boleh baca after masuk nursery. siap dgn makna doa skali you.. kagum sekejap. alfatihah pon dah boleh baca sikit2.. mmg kalau nak listkan, banyak sgt improvement dia bila masuk nursery. baju seluar dah boleh pakai sendiri. bagi arahan mmg dah boleh ikut. baca abcd ok sukses, alif ba ta pon alhamdulillah ada kemajuan. suka tgk perkembangan dia setakat ni.
nama maktok, nenek pon ok dah pass. tp bab nama atuk still lagi fail sbb dia akan gabungkan nama atuk2 dia skali gus. hehe
ibu: alya, sapa nama nenek?
alya: fatimah
ibu: nama mak tok?
alya: aminah
ibu: nama atuk plak?
alya: borhan karimmmm I_____I
baru2 ni masa ktrg tgh duduk2 sambil tgk tivi, aku nyanyi la "tanya sama pokok, apa sebab goyang.." pastu next lirik tu aku lupa then aku just miming jer. tetiba alya boleh plak sambung "nanti jawab pokok, angin yang goncang.." hehe.. gud girl, budak2 mmg mudah ingat & serap apa yang pernah kita buat.
pastu skg ni gak, dia mmg suka berangan. aku ada la belikan dia buku nombor. dalam buku tu ada lah nombor2 yang disusun dalam kotak. slalu tau dia akan bukak page tu then dia akan tekan nombor tu buat2 macam tgh tepon org... pastu nanti dia akan cakap la sorang2 mcm tgh bergayut tu..hehe. mcm semalam dia buat2 mcm tgh bercakap dgn ayah dia.
alya soal: helo.. ayah ada?
alya jwb : oo..ada..
alya soal: ayah tgh wat ape?
alya jwb: ayah tgh wat keje
alya soal: ayat katner
alya jwb : ayah kat TM
alya soal: ayah, alya takut la.....takut sangat ayah takde.. (tak paham apsal nak takut...)ok ayah assalamualaikum
alya jwb: waalaikumsalam
gittew la pebualan dia. kdg2 dia borak2 ngan kawan . tp kalau ngn kawan mcm2 la dia tanya " kawan dah makan? kawan makan ape? sedap?"... hehehe..
sekarang mmg dah boleh sangat diharap. kalau kita mintak tolong & mmg kena dgn mood baik dia, dia akan willing utk tolong. kalau dia dah sepahkan mainan, dia akan simpan semula. siap boleh marah adik dia kalau adik sepahkan balik.. huhu. kdg2 tu, dia suka juga memunggah barang. nanti bila dah penat dia ckp "erm..ibu, alya penat la.." yang tak tahan tu siap ade bunyi sound effect ngeluh2 la. mcm penat bebenor.. tu la sapa suruh memunggah ..hehe
kalau kita solat pulak, cepat2 dia pakai telekung dia & ikut apa yg kita buat. after abis solat, terus dok kat pangku utk baca doa sama2..sweet sgt..
okla, tu jer kot yang igt buat masa ni.. erm, next week ada majlis penutup akhir tahun nursery dia. alya ade masuk persembahan.. cikgu ckp dia buat persembahan nyanyian. tak saba nak tgk dia perform..:)
Tuesday, November 19, 2013
Saya suka dgn anak2...
Sian alya dok kena buli ngan adik lately ni. Sikit2 kena cepuk ngn amir. Sikit2 kena cakar. Tak puas dgn cakar, kena pulak cubit & gigit. Huhu. Cian alya. Yang si alya tu pulak mcm tak paham2 lagi dgn perangai adik. Sikit2 nak dok dekat2, sikit2 nak cium amir. Tak takut langung. Xde serik pon..
Baru2 ni dah tak berapa nak cun muka alya dek kena cakaran harimau adik dia. Hangin gak la aku dgn amir. Tp nak marah tak boleh la pulak sbb dia bukannya paham pon. So just geram2 sayang je la.. huhu. Bukannya alya je sorang yang kena, hasben & aku pon slalu gak la kena. So redha je la. Banyak kali gak mulut aku luka disbabkan kena hantuk ngan amir.. huhu.
Amir ni dia punya aktif menggeletis tak boleh duduk diam mmg tak boleh tahan.mcm last week dia demam tonsil. Dalam pada demam2 tu kemain ligat jugak. So sbg hadiah dapatla sebijik lebam kat pipi disebabkan tergesel kat bucu kabinet living hall atas. Tapi tak serik lagi tu. Esok nya kena lagik gesel kat kabinet tv living hall bwh plak. Apo nak dikato dik? Terima je la...
Aku sungguh kagum betul dgn parents yang ada anak ramai & rapat2. Ktrg ni yg baru je ade 2 dah terasa kelam kelibut dgn rumah yang agak huru hara tak terurus..hehe. tp still lagi plan nak ber anak ramai. Sbb huru hara la best. Kalau umah sunyi jer tak best plak kan? Hehe
Friday, November 8, 2013
Perihal Nursery
so far alhamdulillah, alya mmg tak de masalah nak ke nursery. dia gembira je bila ktrg hantar. even bila amik dia ptg tu ceria jer muka dia. so, bolehla aku simpulkan dia & amir baik2 saje bila kat nursery. amin..
tp kan, still aku sentiasa waspada gak la.. takut betul aku nak letak kepercayaan 100% pada nursery dalam bab penjagaan anak2 aku. cukup je la aku berdoa supaya ALLAH lindungi dorang dari segala malapetaka & bahaya.. AMIN.
tp disbbkan alya dah besar & boleh cakap, aku takdela risau sgt dia kat nursery. kalau ade ape2 yang x kena mesti dia dah ngadu kat ktrg. mcm semalam, masa nak amik dia dr nursery, aku tgk dr luar alya dah bergenang air mata.
ibu penyayang: napa nangis alya?
alya: alya langgar kawan..huhu..
kawan alya: aah ummi, tadi alya terlanggar kawan A. (sambil2 tu dia pujuk2 alya...)
pastu kawan alya tu usap2 tangan alya. umur kawan dia tu agak berusia, dalam 4 taun kot. pastu dia nampak parut kat tangan alya (kena iron panas last week.. aku tak sengaja tau).
kawan alya: ummi, napa tangan alya?
ibu penyayang: kena iron panas. tapi dah nak baik. dah kering parut.
kawan alya: sian alya.. (sambil usap2 alya)..takpe2 nnti kakak belikan ubat ek...
hehehe. nak tergelak aku tgk kawan alya tu. nampak dia betul2 backup alya. kawan A yang dia langgar tadi senyap jer sambil tgk alya dr jauh.. tapi alya pon bole tahan gak la bila kat nursery tu. dia pon juara gak bab2 buli kawan2..
dekat nursery tu pon kalau ade apa2 yang tak kena pasal budak2 tu mesti cikgu akan report kat ktrg siap2. pernah sekali amir kena gigit dengan budak lain sbb berebut puting (padahal bukan puting amir pon , nak jugak berebut..huhu). tu pon cikgu bgtahu kat ktrg. & ade jugak alya kena gigit kat tangan & alhamdulillah cikgu pon ade inform ktrg.
so, hopefully, takdelah kes2 dera kat nursery dorang kat bangi. setakat marah utk bagi pengajaran aku boleh accept lagi. tapi aku tak rasa budak2 kecik boleh dipukul sesuka hati even bila ade buat silap. yelah, dorang bukan tau ape pon.. still dalam proses pembelajaran lagi

