Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, August 22, 2013

gamba passport anak-anak


semalam ktrg g kedai gamba utk amik gamba passport amir. klaka tgk muka amir waktu ni..muka terkejut & blur..hehe..nasib baik senang je nak amik gamba dia.
umur: 8 bulan


ni plak gamba passport alya dulu. waktu amik gamba ni dia umur 8 bulan jugak.. tersengih2 anak dara ni.

Wednesday, August 21, 2013

vocab alya



alhamdulillah, vocab alya 2 tahun ni banyak sgt improve. asal amik dia dr nursery mesti benda2 ni dia tanya..

alya: mak tok mane?
ibu/ayah: mak tok kat kampung ayer keroh

alya: atok mane?
ibu/ayah: atok kat kampung ayer keroh jugak

alya: nenek mana?
ibu/ayah: nenek kat kampung gadek

alya: auntie mane?
ibu/ ayah: auntie kat rumah puchong. dia kerja.

alya: ateh mane?
ibu/ayah: ateh kat umah

pastu nanti dia akan ulang soklan yang sama berulang kali..

ni plak soklan aku setiap kali amik dia dr nursery.

ibu: alya buat apa hari ni kat sekolah?
alya: alya belajar abc

ibu: adik nangis tak?
alya: erm, tak nangis. adik tido jer

ibu: alya makan tak kat sekolah?
alya: makan

ibu: alya makan ape?
alya: makan nasik. cikgu suap.

amir safwan sudah memanjat

lasak betul amir skg ni.. pagi tadi boleh plak dia jatuh dari cot..huhu. x pernah terlintas plak yg amir boleh jatuh dr cot sbb kalau ikutkan logik cot tu berpagar .. lately ni amir kerap bangun malam , 2-3 kali bangun utk menyusu & nak tido meriba.. adoii... so mcm semalam, kul 5 lebih aku dah dengar dia bangun. bising gak la mulut dia dok pot pet pot pet. tp aku continue je tido sbb dia xde la menangis sgt pon. lagipon sebelum dia bangun kul 5 tu dia ade jugak berjaga sebelum nya utk menyusu.. tp tiba2 terkejut aku bila dgr bunyi benda jatuh. huh. tengok2 amir dah jatuh kat bawah. tp nasib baikla dia jatuh beralaskan tangan sendiri..huhu

maksudnya amir dah mula memanjat la skg ni. erm makin tak lena tido aku pas ni. after dia jatuh semalam, aku dah berkira2 nak bentang toto kat lantai jer. at least kalau dia bangun malam tak de la aku risau sgt.



Friday, August 16, 2013

Hari Raya 2013

Raya kali ni meriah sbb disambut dgn 2 budak kenit yang dah makin lasak..huhu. Amir yang dah berusia 8 bulan & Alya 2 tahun 4 bulan.

Perkembangan amir di 8 bulan:-
- berat 8.6kg
- dah boleh duduk sendiri since 7 bulan
- gigi dah tumbuh since 7 bulan (2 ketul gigi bawah)
- makan 3 kali sehari
- dah boleh berdiri dgn berpaut. risau bila bangun malam dia dah berdiri pegang bingkai cot..huhu

raya ketiga. berehat di RNR utk makan dinner.


Amir yang tak boleh duduk diam. bila berdukung meronta2 nak soh lepaskan.


raya kedua di ayer keroh. tema pink kaler.


beraya di rumah moyang usu..


raya pertama di gadek. mak apak yang eksited lebih


tengok tuh... anak2 langsung tak supportive..huhu


Tuesday, July 23, 2013

persiapan raya

last weekend kami anak beranak merajin kan diri utk bershopping. ehem2 anak dah 2 budget pon kena la lebih sikit. cukuplah sorang anak dapat 2 pasang baju baru. biar lengkap satu set, senang sikit tak payah nak mix & match. tp sebenornya dalam rak2 baju budak2 tu banyak lagi baju baru yang x pakai lagi. alya ni mmg ramai yang suka bagi dress & ade jugak baju2 tu yang masih belum berusik. Amir plak banyak jugak t-shirt2 yang org bagi yang masih belum dirasmikan jugak.. so selamat!!.. bab baju budak2 settle.. hopefully aku tak kan tergoda lagi dgn baju2 budak lepas ni...

utk aku, baju raya taun ni marilah kita me 'recycle' baju taun lepas & 2 taun lepas. hehehe. jap nak ingat balik, aku ade baju kaler coklat, oren, kelabu, pink.. erm ok la still elok lagi. pakai pon just beberapa kali jer. kalau ikut plan, first raya nak buat tema kaler coklet. walaupun bukan kaler sedondon tp nak jugak amik gambar berempat ber 'coklat'. haha.
utk hasben, aku macam nak carikkan dia t-shirt. slalu kalau aku soh beli, ade je alasan dia bagi.. "tekpela, t-shirt abg still byk lagi" "t-shirt abg elok lagi"...huhu. takpelah, maybe weekend ni akan ku pujuk hasben utk crik at least 1 t-shirt baru utk raya.

kuih raya plak mcm biasa adalah kuih tunjuk2. tp setakat hari ni, aku baru je berjaya meng order 2 jenis kuih dr opismate. rasa mcm belum cukup lgi & insyallah akan bakal bertambah seminggu sebelum nak raya. hehehe...tp takpe, kita learn from mistake. kuih raya kali ni kt beli secara moderate shj. takkan terlalu banyak, tp cukuplah sekadar utk di bagi pada family, family mertua & disimpan dalam umah, iyolah mane tau nak buat open housee....


hasil rembatan...


alololo....macham ni die..


mainan fev. hello kitty kakak dia..



gmaba alya mcm biasa tak dpat di ambil..pantang kita tala kamera, terus larik..huhu..

Thursday, July 18, 2013

Isu Syria

tetiap hari aku akan follow isu kat syria. sedih la bila baca pasal umat islam kat sana. harga nyawa utk islam sunni mcm tak de nilai jer puak2 syiah ni buat. hari ni keluar paper, 5000 org terbunuh setiap bulan kat syria. erm..sedih..

bayangkanlah, setiap hari kanak2 syria hidup dalam ketakutan. rumah2 kena bom, mak & adik beradik perempuan kena rogol depan mata, ayah & saudara2 lelaki kena bunuh depan2 mata. huhu..serius sedih la..
bersyukur sangat kat malaysia ni dapat hidup aman damai. kita kat malaysia ni, celik jer mata pagi2 ceria jer dapat  tgk muka org2 tersayang kat keliling kita. tapi kat syria, bangun2 pagi belum tentu dapat hidup kat muka bumi ni. tp takpe, insyaAllah dijanjikan syurga utk umat islam kat sana.
Paling sadis, anak2 kecik yang tak tau apa2, yang masih lagi perlukan mak ayah tetiba jer jadi yatim piatu. tak dpat bayangkan kehidupan budak2 tu..


"Ya Allah aku memohon kepadamu , kau kembalikan la sinar islam di Syria. Kau berikanlah kejayaan kepada umat islam di sana & kau berikan la ketabahan kepada saudaraku di sana.. AMIN.."

Wednesday, July 17, 2013

Kebetulan

Baru-baru ni amir demam. start hari sabtu & skg ni masih lagi on off lagi demam dia especially malam. huhu. so kat nursery mmg dah standby ubat demam & mmg mintak dorang bagi syrup demam tu at least sekali masa kat nursery. tp secara kebetulan jugak kalau amir demam ni aku noticed yg amir akan dapat 'sesuatu' after demam kebah.. entahlah maybe KEBETULAN..

cthnya, masa 3 bulan hari tu, amir ade demam sekali. after demam dia dah baik, esoknya kemain aktif dia meniarap..pantang letak kejap, terus berpusing mcm pro. contoh yang lain pulak, masa amir demam 6 bulan. besoknya after demam baik, dia terus boleh merangkak ke depan.. entahlah, kebetulan kot..

tapi kan utk demam kali ni, hari isnin baru2 ni masa demam amir dah kebah sikit, depan2 mata aku dia tengah berusaha utk duduk sendiri & hasilnya dia mmg boleh duduk sendiri tp just beberapa second je la before tergolek semula..erm maybe dia nak dapat kemahiran "duduk sendiri" kot pasni... .tp sejak kejadian hari isnin tu, dia takde plak prektis utk duduk sendiri lagi depan2 aku. maybe dia ade prektis tapi masa kat nursery la kot...takpelah dik, slow2 la yer..

Lately  ni jugak manja amir kemain menjadi2. start dr last entry aku, esok nya amir buat perangai until now. malam berjaga 3-4 kali semata2 nak tido berpangku. letak dalam cot, terus menangis tersedu2..huhu. mcm pagi td, sungguh tak kusangka, aku boleh tertido duduk sambil berpangku amir sejam lebih.. pergh!! macam nak patah pinggang. so, dah beberapa hari jugak la aku tak dapat teman hasben bersahur disebabkan time dia bersahur samada aku akan terbongkang tido sbb keletihan berjaga tgk amir or time tu aku tgh melayan amir.. huhu. nasib baik aku mmg tgh bercuti puasa skg ni.

kalau berbuka pulak, kadang2 tu sambil makan sambil kena berpangku dia. tak boleh langsung nak letak bawah. adoilah la amir.. mencabar betul tau.. nasib baik la si kakak tu rajin jugak melayan adik dia..


ustaz amir safwan in the house!!



tepek cool fever yang tak berapa power..huhu