Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, January 9, 2012

9 Month Alya

bosan la wei.. masuk jer hari isnin mesti tak de mood nak buat kerja. dah tu rasa ngantuk sangat dr pagi tadi. sampai dalam kete waktu otw p opis pon aku bleh tertido dalam kete. sian en hubby kena driving sensorang. aku suspect ngantuk aku ni mesti disebabkan aku tak minum nescafe pagi tadi. owh yer, ari ni aku berpuasa. sudah menjadi kebiasaan, waktu breakfast jer mesti aku minum secawan nescafe. semalam aku dah plan pon sebenarnya nak buat nescafe gak buat bersahur. tp apakan daya, manusia hanya mampu merancang, tapi ALLAH yang menentukan.. ececeh.. aku terlewat bersahur, cume tersedar je lagi bbrp minit nak azan. bukan nye tak kunci jam, tp biasalah kan alarm dah bunyik, tp tangan ni gatal plak dok menekan butang snooze sambil sorok henpon bawah bantal..haah, padan la muka.. akhirnya bersahurla aku dgn ala kadar jer. tp alhamdulillah la kan, masih boleh bersahur lagi :P

ok, tanakla citer pasal kisah pagi td. arini nak citer pasal si kecik ALYA tu plak. hehe. yeay, alya berusia 9 bulan dah. alhamdulillah, sihat walafiat & dah macam2 akal dia dpat. sudah merangkak, tp lebih suka memilih utk mengensot. hehe. aktif juga memanjat2 & slalu la badan aku yang jadik mangsa. setakat cross badan aku ni, pejam mata pon dia mampu buat. haha. lagi satu aktiviti kegemaran dia jgk yang menjadi kegemaran aku adalah aktiviti meniup kaki & perut aku..giler best masa dia tiup tu. walaupun aku terkekek kekek ketawa sampai nak kuar air mata, still dia akan terus kan jugak buat sambil dia pon terkekek kekek sama.. haha. aku pon tatau motip dia tiup2 benda alah tu.. sampai abis lenjun la perut aku dia kerjakan... :)

mcm entry aku yang lepas, aku dah bitau kan, yang ktrg sudah mula berkampung kat ruang tamu. senang skg ni tido atas toto jer, tak la aku rasa gundah gulana sngat kalu boleh terlelap time dia tgh main2. kalau dulu, asal aku celik jer mata tgh malam2 tu, benda pertama yang mesti aku carik adalah alya. hehe. risau kalau dia dah tak de atas katil. tp kan, setakat kalau jumpe alya kat paras kaki aku tu memang biasa la....haha.. scaryy...

aktviti makan alya plak makin menakjubkan. pernah satu ketika (chewah!), alya akan amik 4 kali hidangan bubur nasik tuh. skg ni dah tak main dah 1 genggam beras utk dia. tp dah guna pot plak, tp 3/4 la. hehe. slalunya aku akan bekalkan 2 bekas bubur ke babysitter & kalau alya masih lapar, BS bolehla topup ngn nestum gak disamping susu yang aku bekalkan 4oz x 5 botol tu. cam minggu lepas, aku dah try perknalkan lauk2 tumis plak. aku try bagi bubur ayam yang dah ditumis siap2 dgn bawang putih & merah..pergh!! memang terangkat la.. sedap gilos. aku pon tumpang sekaki makan,. haha, tp tak guna la jgkkan kalau aku sorang je yang terangkat, tp watak utama tu buat derk je kan.. hehe. maybe first time makan bende bertumis ni, dia rasa pelik sket kot. tiap kali suap, tiap tu la wat muka kembang tekak. tp, akhirnya berkat kesabaran aku, hidangan utk malam tu, alya dah boleh terima & makan dgn lajunya.

erm tu je la dulu nak citer, rasa cam nak tido kat surau plak. ngntuk sgt

bawah ni ragam2 alya ujung minggu lepas.. :)








ni plak sebok kacau ayah dia.. dia ni pantang tgk laptop mesti bersinar2 jer mata..hehe





Friday, January 6, 2012

unlucky

ari ni ari ke2 bekerja di tahun 2012. mood masih lg swing2 & masih lg berusaha utk mencrik tune2 yang sesuai. hehe. masuk taun baru ni means kena ade azam taun baru la kan? ececeh.. baru la nak berazam, padahal masuk taun baru islam la kena start ber azam baru. huhu.
okla azam taun baru 2012 ni adalah utk berjimat cermat dalam berbelanja, nak abiskan ganti pose sebanyak 9 hari lagi sebelum bulan 3 & cuba utk mengurangkan berat badan yang semakin bertambah.. target berat badan yang perlu dikurangkan adalah 4kg ..chaiyok ura! chaiyok!..

ok nak citer sket. penghujung tahun 2011 & di ambang 2012 ade beberapa peristiwa yang telah berlaku ke atas aku & alya.. yang pertamanya adalah alya JATUH KATIL. huhu. ni sume disbbkn kelalaian aku sendirik.. poor my baby. smpai sekarang aku still rasa bersalah walaupn hasben slalu tegur jgn slalu sgt rasa bersalah. kejadian berlaku kat umah mertua di alor gajah time tgh menyusukan dia..ok, mari kt recall kisah yang sedikit malang ini... after alya kenyang, mandi & puas bermain2 ngn nenda, atokanda & ayahanda, dia mcm biasala dgn rutin hariannya iaitu perlu menyusu sambil melelapkan mata. ok, & aku pon yg mmg dah biasa dgn rutin tu terusla bwk alya naik ke bilik after alya memberi signnya menguap2 & menggosok2 mata. bile dah dapat posisi yang best kat katil, aku pon menyusukan la alya sambil berbaring sambil2 menepuk2 punggung bulat alya. sblm tu, smpat gak la aku buat border kat tepi2 katil tu sbg langkah2 keselamatan. tp malangnya, aku x berjaya pon tidokan dia, sbb aku plak yang terlelap dulu dr alya. & standard la budak2 kecikkan, bile dia tgk ibu dia tgh syok tido, mestilah dia seronok kehulur hilir atas katil tanpa suara tegahan ibu dia kan.. huhu... pastu tetibe aku tesedar dr tido bile dgr jer sore budak nangis. mmg sgt cuak bile bukak jer mata alya dah ade atas lantai. apalagi, aku pon terus la angkat alya smbil gosok2 badan dia. alhamdulillah, smapi hari ini, alya x de muntah2 & masih lg aktif, aktif & aktif mcm biasa. -______-

perkara kedua plak adalah terjadi pada diri aku sendirik. awal2 tadi kan aku ada mentioned yg hari ni merupakan hari kedua aku bekerja di taun 2012.. nape baru ari kedua padahal sepatutnya ari ni merupakan ari ke 4 bekerja di taun baru yer? .jeng2x. jawapan nya adalah aku dpt mc 2 hari gara2 kecederaan yang x la serius sgt pada jari jemari halus aku ..ok, mari kita recall plak kisah yang sedikit malang ni jgk... kejadian berlaku di rumah along di Damansara ketika nak panaskn bubur alya utk makanan tghari dia.. masa tu aku dah rendam pon makanan dia dlm mangkuk air panas . & tetibe gatal tangan nak tukar plak ke bekas yang lebih besar la kononn. huhu. waktu nak bwk bekas tu ke singki la air panas tu tumpah ke tanagn aku ni..sakit weiii.. serius sampai aku pitam disbbkn sakit tu. yelah, mana tak nyer, yang melecur tu dua2 belah tangan tuhhh..huhu.sian alya, disbbkan tangan aku yg x boleh beroperasi secara baik, hasben & family in law la yg byk membantu menguruskan dia time2 tuh.. TQ sume!!..

tp disebalik kejadian2 yang berlaku tu, ade bbrp positif thing yang berjaya diubah dlm life aku, iaitu skrg ni ktrg 3 beranak dah mula berkampung kat ruang tamu. habis segala toto, bantal2, selimut dok tersadai jer depan TV gara2 tiap2 malam ktrg akan tido kat atas toto je lepas ni. dah x berani dah nak tido atas katil lagi.. TAKUTTT kalau2 alya terjatuh lagi!!.. uhuhu..yang kedua plak, semestinya lepas jer tercurah air panas kat atas tangan menjadikan aku lebih berhati2 dlm buat sesuatu perkara tu ^__^

Thursday, December 8, 2011

crawl

its time to crawl & crawling...hehe

Monday, December 5, 2011

ustazah alya

perkenalkan ustazah pilihan, ALYA SOFEA!!!.. ^__^. hehe..innocent jer muka anak aku ni..setiap kali kat opis, tah brape kali aku menelek muka cik kak sorang ni..

Wednesday, November 30, 2011

alya @ 7++



suka tgk bile alya suka makan makanan yang aku masak. :D bertambah2 la semangat ibunya nak memasak & menyediakan makanan utk dia hari2.. hehe.. so kerja aku after balik dr kerja adalah memasak bubur dia setiap hari utk bekalan ke babysitter dia pagi2 & utk dimakan time dinner. wat masa ni aku just campurkan bubur tu dgn carrot + ikan bilis.. kdg2 jer aku campurkan ngn sikit ayam. yelah sian dia asik rasa maknan yang same jer hari2


okla. sedikit perkembangan alya setakat ni.


-masih lagi suka roll & rolling laju2 rather than merangkak. takpe2. maybe dia nak cara ikut ayah kecik2 kot yang skip merangkak, alih2 terus jer duduk & berjalan ^_^.
tersepit time sebuk berguling2



-masih lagi consume 6 atau 5 botolx 4 oz susu time office hour di rumah BS & masih lagi fully breastfeed. alhamdulillah, perjalanan penyusuan alya yang mmg aku tak sangka pon boleh smpai ke tahap ni. thank you to ALLAH & juga pada hasben, family & family mertua yang byk memberi support in breastfeeding journey alya yang hampir memasuki bulan ke -8. :). semoga aku mampu meng completekan misi penyusuan ni sampai alya 2 tahun.


-attention seeker yang agak dasyat jugak. tak bole langsung kalau orang bo layan dia, sure akan terjerit terlolong anak dara tu..hehe


-stranger anxiety yang sudah sedikit berkurangan.


-masa tido malam yang sudah tetap & panjang. tp tido siang yang bole aku umpamakan tido2 ayam jer..

-dah boleh sebut BU..BU... bu tu aku merujuk kepada aku la, IBU,..hehe. buktinya kalau dia nak I yang dukung mesti dia sebut sambil merengek, bu..bu...bu smpai la aku angkat dia.. :D


-dah boleh tido dgn sendiri nya dalam carrier & stroller tanpa mengamuk2 sgt.


-aktif. suka terlompat2 time tngah mendukung dia. smapai lenguh tngn aku dikerjakan.


-cepat berpeluh.


-dah mula minum dalam sippy cup & dia sgt sukerr


-suka menggigit




Thursday, November 10, 2011

kerja

nape kite suka g kerja:-
1) sbb kita mmg suka ngan kerja tu
2) sbb boss kita best
3) ade geng yang best kat opis
4) kerja x stress
5) kita rasa gaji yang kt dapat mmg berbaloi baloi
6) ade org yang akan appreciate kerja kita

nape kt tak suka plak gi kerja:-
1) sbb kita mmg x suka ngan kerja tu
2) sbb boss kita tak best
3) x ade geng yang best kat opis
4) kerja stress
5) kita rasa gaji yang kt dapat mmg tak berbaloi baloi
6) x ade org yang akan appreciate kerka kita

aku tergolong dalam golongan mane? hihi.. mestilah dalam golongn atas pagar..kadang2 sronok, kdg2 x sronok ponnn.. kalau tgh seronok & semangat bekerja tu, sume email nak balas cepat2, tak mo la ade delay2 pastu tak sempat customer nak reply email, kt email n email lagi. hehe ..tapiii, kalau tgh dalm mood yg x seronok bekerja tu, masa 5 minit pon terasa berjam2 la lamanya. tak abih2 tgk jam nak cepat2 balik umah.. :P

Tuesday, November 1, 2011

alya & her solid food


i love my baby so much.. touching sgt td bile baca blog sorang mommies ni yang kehilangan baby dia sbb lemas dlm kandungan. huhu.. bergenang air mata. semoga mommies tu tabah dgn dugaan ni. sob sob...


ok la.tanak la sedih2. arini nak citer pasal solid food journey alya sbnarnya...ececeh. solid food pon ade journey :) memasuki bulan ke-6 ni aku dah perkenalkan beberapa jenis mknan berunsur kan buah-buahan utk si tecit tu.. 4 days rules tu aku x brapa follow sgt la..boleh ker? tp alhamdulillah, poo poo alya masih lg ok & dia tak alami sembelit. mknn feveret dia tentu skali la carrot. makanan yang dia kureng plak adalah pisang. siap wat muke kembang tekak bile tgh mkn tu. hehe.. ok, so far buah-buahan yang dah pernah masuk ke anak tekak alya adalah carrot, pisang, labu , kentang & epal. setiap hari aku akan bekalkan alya 1 bekas kecik (2oz kot) puree utk alya. slalunya stok aku akan prepare ujung minggu & akan tahan just utk seminggu jer & bekalan baru akan diulang2 wat setiap ujung minggu.. :D


smlm plak aku sempat wat puree papaya utk alya & cam biasa aku bekalkan dia jgk 1 bekas ke babysitter. harap dia suka. dah lama sbnarnya plan nak wat puree papaya ni memandangkan mmg dah ade sebijik papaya dr kampung dok tersadai atas meja. huhu.. smlm jer br sempat nak wat sbb dia tido lewat sikit...tu pon aku wat keje laju2.. after BF dia masuk jap dapur pi potong2 papaya tu & terus rebus.. kalau hari2 sebelum nya mmg tak de harapan langsung nak jejak kaki lama2 kat dapur sbb dia dah merengek2 nak tido.. maklumlah aku ngn alya ni kan kembar siam yang melekat.. mane ade alya, disitulah terletaknya aku..ngeh ngeh..alya tido, aku pon kena tido skali.kalau tak mengamuk smpai 1 blok dia akan gegarkan..



masa awal2 perkenalkan makanan kat alya, 2 minggu pertama aku just bagi 2 kali sehari jer mkn. then after minggu ke-2 aku up kan plak ke 3 kali sehari. mkn 2 kali masa kat umah Babysitter & sekali kat rumah after ktrg balik kerja. sanggup berlapar dulu ibu ngan ayah dia semata2 nak mengenyangkan perut si alya tu. bila perut anak dah kenyang, barulah kami suami isteri senang hati nak makan sesuka hatinya. -_____-


alhamdulillah menyuap kan alya makanan bukan la perkara yang mencabar sangat. kerna dia adalah baby yang suka makan ^_^ . air kosong pon dia pelahap juga, malah air susu juga menjadi kegemaranya..hehe.. dia pon dah kenal bekas makanan & dapat hidu yang ktrg akan bg makan bila Bip dah dipakaikan kat leher.. clever, clever.. ternganga2 mulut dia bila nak kena suap...suka tgk.comel!. kdg2 tu macam x cukup jer semangkuk ktrg bagi. tapi nak tmbah lgi tak la plak. slalu kalau dia ternganga-nganga lagi, aku terus je suakan susu badan kat alya.. hehe.

Buat masa ni aku tak brapa brani lagi suapkan makanan org2 besar kat dia. cth nya makanan yang aku tgh makan, cam nasik berlauk tu. even dia wat muka kesian & meleleh2 air liur dia, aku akan bagi dia mkanan baby after aku abis mkn. yelah mknn kita kan banyak perisa tambhan yang x diperlukan baby & x sesuai dgn usus baby. lagi pon aku tak rasa pandangan mata alya tu sbb dia nak rasa mknan aku. sbb dia kan baby lagi... x de nafsu pon pada bende sekeliling dia, unless mmg kita yang menyuapkan mknn kat dia.. betul tak?
tp satu benda yang wat aku & hasben sgt2 heran, walaupn byk mane alya mkn, bdn dia ttp slim. dia tak pon semontok baby yang lain.. huhu..takpe2, tp yang pasti even x semontok baby yang lain, alya sgt aktif & bdn dia mmg dah keras & padat.. :)