Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, September 4, 2013

Babysitter vs Nursery

So far dua2 option aku dah rasa. hantar anak ke nursery mahupun babysitter. Alya from umur dia 2 bulan sampai ke 1 tahun 8 bulan dah merasa duduk dgn babysitter aka pengasuh. Pastu after adik dia dilahirkan dua2 ktrg decide utk letak kat nursery berdekatan dgn rumah. Ktrg terpaksa mencari nursery yg dekat dgn rumah sbb skg ni after dah berpindah ke Bangi, ktrg just menggunakan motor je ke ofis. Kalau dulu selama 2 bulan kot after pindah ke Bangi ktrg berulang alik dari Bangi-Bangsar dgn kereta. time ni aku tgh sarat mengandungkan Amir & Alya ktrg masih letak dekat pengasuh yg berdekatan dgn Ofis. Tp mmg tak larat la bila nak ulangalik ke Ofis dgn kereta hari2. Ktrg terpaksa keluar rumah sebelum 630 pagi utk elakkan jem & merebut parking. Kalau terlambat sikit, bersiap sedia lah dgn rasa stress sbb jalan jem & terpaksa membayar parking..huhu. Lagi satu bila naik kereta ni, hari2 ktrg akan sampai rumah after Maghrib. yang paling sadis tu kadang2 terpaksa maghrib kat luar atau RNR sebelum dapat sampai ke rumah.

So after Amir lahir, ktrg amik keputusan utk letakkan dorang kat nursery. Mmg a bit challenging utk Alya pada mulanya sbb selama 20 bulan dia dok berkepit dgn babysitter dia. Alhamdulillah lama kelamaan after seminggu suai kenal dgn tempat baru, dia makin serasi & dapat bergaul dgn kawan2 baru kat nursery. Utk Amir mmg tak de masalah la kan sbb after pantang jer mmmg ktrg dah letak kat situ. So kesimpulan yang aku boleh buat utk dua2 cara ni :-

Babysitter:

- Budak yang letak under babysitter ni lebih manja. cthnya, Alya kalau dulu sentiasa la berkepit kat celah kelangkang babysitter dia. Dok berpeluk & tanak lepas langsung dgn pengasuh. Kalau pengasuh tu ke dapur, dia mengekor. Pengasuh tu mandi, dia tunggu kat luar toilet...huhu. Nasib baik la kat rumah dulu ade 2 pengasuh, so keja2 rumah banyak dibuat oleh pengasuh yang lagi satu..
- Lebih terjaga. Honestly aku lagi puas hati dgn jagaan pengasuh lama. Makan terjaga, minum pun terjaga. Sbb kalau time aku ambik Alya, mmg penuh la makanan kat atas meja dia. ni membuktikan la yang Alya cukup makan & waktu ktrg amik ptg tu sometime dia tgh minum ptg. kdg2 dorang siap bekalkan sekali makanan tu utk ktrg makan waktu on the way balik ke rumah...hehe -
- OT- Pengasuh lama takde la tetapkan berapa pon kena OT kalau amik lambat. Tp kita as mak bapak akan rasa mcm tak sedap la kalau tak de hulur apa2 kalau amik anak lambat. Tp dulu, ktrg alhamdulillah jarang la amik Alya lambat. kalau lambat pon, jarang dorang nak amik ape2.
- Cuti tak terurus. Agak risky sikit bila hantar anak ke babysitter sbb dorang takde system cuti..hehe. kalau dorang rasa nak cuti dorang akan bgtahu last minute. Pernah sekali disebbkan ade family matter, aku terpaksa amik leave seminggu lebih utk jaga Alya kat rumah. Banyak giler kot cuti aku burn taun 2011. huhu..
- Penyakit berjangkit terkawal. Erm disebabkan budak dalam rumah tak ramai la aku boleh simpulkan penyakit berjangkit ni boleh dapat dikawal.

Nursery:

- Lebih independent - Cth yang boleh aku bagi adalah Alya. Alhamdulillah mmg nampak perubahan dia after letak kat nursery. Lebih matang & independent. Ni disbbkan dikelilingi ramai kawan2 & cikgu kat sekolah pon mungkin ajar dorang utk gerak secara sendiri disbbkan ramai budak utk dorang handle.
- Jagaan mungkin kurang- Dekat nursery tu aku agak ade around 20 budak kot dalam rumah tu. cikgu yang menjaga plak ade 6 org. Tp nasib baik dia mmg bahagikan cikgu utk baby & budak besar & limitkan baby dalam rumah. Tp macam mana la kalau waktu makan? boleh ker dorang suap budak2 tu semua makan? sbb aku percaya cikgu kat situ mmg ajar budak2 tu makan sendiri. sbb salalu kalau kat rumah alya ni mcam tanak ktrg suapkan sgt. dia akan mintak pinggan & suap sendiri. Tp macam mana la kalau kat nursery tu cikgu nak monitor semua budak. aku kenal sgt dgn alya. Dia nak makan sendiri? erm berjam2 la nak abiskan satu mangkuk tu. Tp hopefully tanggapan aku ni salah la. aku harap sgt cikgu2 kat situ still suap dorang makan sorang2.
- OT - dekat nursery mmg dorang ade buat system OT. After 6.30 kalau lewat amik dorang akan charge RM 2/Jam. tp yang aku noticed, nursery tempat alya & amir ni masih lagi flexible. dorang still ada budi bicara lagi. sbb aku jarang dapat kena OT charge walaupun ade terkantoi sekali sekala. Tp ktrg jarang sgt la amik dorang lambat. sebab bila dah naik moto ni, mmg sekejap jer pon perjalanan dr bangsar-bangi. alhamdulillah.
- Cuti lebih terurus. Aku paling suka part ni. kalau dulu asik rasa tak puas hati sbb asik la kena amik urgent leave jer, tp kini tidak lagi... hehe. nursery selalunya akan bagi notis awal2 kalau ade cuti. so bila dah macam tu, bolehla ktrg plan cuti dak? bila tgk rekod cuti dalam system, cantik la sikit rekod kita... 
- Penyakit senang berjangkit - Amir & Alya pernah kena penyakit mata disebbakna jangkitan dr budak2 kat nursery tuh. Demam, selsema, batuk pon jangan cerita la. ALhamdulillah Amir after 6 bulan dah jarang demam. Doa sgt2 dorang mmg dielakkan penyakit2 berjangkit ni. Lagi satu, nak cerita jugak pasal ruam. Amir after duduk kat nursery baru timbul masalah ruam susu. kalau dulu mmg sgt kritikal tp skg ni dh OK la sikit. even kat rumah aku dah letak ubat & kulit dah cantik, tp bile hantar semula ke nursery jadi balik ruam tu kat pipi amir.

Tuesday, September 3, 2013

Rumahku Nurserymu

Rumah haku ni sepanjang masa dah jadi mcm nursery dok dikerjakan 2 org budak kenit tu. tp skg ni agak terkawal la sikit "ke nursery an" nyer tu bila aku dah limitkan mainan kat tingkat bawah. barang2 yang ade kat bawah just ade walker & soft toy 2-3 jenis jer. yang lain satu bakul aku dah angkut bawak naik ke hall atas utk disatukan dgn bakul mainan yang mmg dah sedia ada kat hall atas tu. cer la bayangkan kalau dulu asal ktrg berkampung kejap kat bawah utk makan2 & lepak2 abis terburai segala isi dalam bakul mainan tu. alya kuarkan barang, amir plak dok gigit2 mainan. takpun alya dok punggah barang dok pass2 kat adik dia " Nah dik, Nah!!" arghh stress aku. so kalau dulu sebelum naik atas tu aku mmg akan pastikan mainan2 tu dah masuk balik dalam bakul tu. kadang2 tu rasa mcm penat la badan bile tgk benda2 bersepah ni.. so utk menyenangkan kerja aku, terus aku satukan segala mak nenek mainan dorang dalam satu tempat iaitu HALL ATAS.

Skrg ni aku dah tak kisah sgt bila dorang nak sepahkan mainan kat atas. Main la dik, kakak. Main puas2.. after dah puas main nnti baru aku akan kemas semula mainan2 tu. lagipon bila mainan tu just setempat je, takde la aku nak bersusah payah mengemas sangat.. "Saya suka! Saya Suka!

Amir now astaghfirullah sangatla aktif. kejap2 berpaut berdiri, kejap2 merangkak kehulur kehilir, kejap2 baling mainan sana sini.. erm urut dada aku skg ni. Mmg nak tgk hall atas tu cantik berkemas skg ni hanya boleh tgk waktu dorang berdua tido jer. celik jer mata siap sedia la dgn rumah yg mcm tongkang pecah semula.. huhu. kdg2 dah mcm berpakat plak budak2 kenit tu tau.. sama2 punggah lego, sama2 buat bangunan..sama2 main kereta2.. tp ade2 masa dorang still bergaduh jugak. Gaduh berebut mainan. Alya tu la..pantang nampak adik dok mengusik barang2 kesayanagna dia. mmg dia akan rampas terus.. I___I... Cian Amir. Ade masa gak kalau Alya geram dia akan menjerit. aduii ni yang paling aku tak suka tau. sbb Amir skg ni cengih. Tak bole kita nak tinggi sore sikit. terus cebik muka pastu nangis...huhu. tapi bile amir dah start nangis, pandai pulak si Alya tu pujuk balik..hehe " Amir, dah dah.. Nah yer kakak kasik..." hahaha
masa tgh ngam...Sama2 kacau ayah....

Masih ngam..main sama2...


Tgk tivi sama2

Time ni amir tgh main beg kakak dia...

Zasss.. alya berpaling jer terus dirampas beg tu...huhu


Monday, September 2, 2013

Majlis Makan 31 Aug 13

Alhamdulillah tercapai jugak hasrat ktrg utk buat makan2 kat rumah baru. rasa mcm tak best pulak tak de buat house warming memandangkan ktrg dah duduk situ almost 10 bulan. so alang2 Syawal masih lagi belum habis, ktrg terus decide utk buat makan2 ataupun open house last weekend. Perjalanan sebelum & ketika majlis syukur sangat berjalan lancar. Amir & Alya pon sgt behave hari tu.

Masak2 utk kali ni ktrg mintak bantuan mak ayah utk tolong. Menu adalah nasi beriani, daging masak beriani, acar sayur, nasi himpit, rendang ayam, kuah kacang & menu sampingan kuih karipap, kuih seri muka, 3 jenis kek, buah tembikai & air mangga. Dan tak dilupa juga sempena bulan Raya ni, of course la kuih2 raya. hehe. Alhamdulillah semua berpuas hati dgn makanan yg disediakan.

Majlis dibuat dr pukul 11am-5pm sebenarnya. tp alhamdulillah after maghrib pon ade org yg still dtg makan2. takpe paham. 31hb tu kan hari Merdeka & cuti umum. so ramai jugak yg amik kesempatan utk buat jugak open house  & kenduri kawen. Even aku pon ada dapat jemputan kawin & open house hari Sabtu tu tp terpaksa tolak sebab clash dgn majlis ni.

Kawan2 & jiran pon ramai yang dtg & seronok sgt bila dapat spend masa & borak2 dgn kawan2 lama. Dgn jiran pon, masa ni la utk ktrg dapat berkenal- kenalan & merapatkan silaturrahim. :) Walaupun majlis dibuat secara kecilan jer, tapi aku still rasa penat yang amat. nasib baik ktrg buat makan2 tu ari sabtu, so ada lah masa berehat ari ahad. Alya & Amir pon aku noticed sama2 letih disbbkan waktu kejadian tu, masa tido tghari dorang ade sikit terganggu. alya kemain eksited sampai waktu tido petang pon still aktif. Amir plak waktu tido tghari sabtu tu lambat sikit sbb haku yang tak sempat nak menido kan dia. tp nsib baik dia takde meragam sbb mengantuk.

So hari ahad, sebnarnya ade jugak ktrg dapat invitation birthday party anak kawan ofis mate. tp terpaksa tolak memandangkan 2 budak kenit yang beradu agak lama waktu tghari. bayangkan Alya boleh tido dari pukul 12 sampai kul 5 ptg. Amir plak kul 12-2. pastu sempat bangun, main2, minum susu & tido balik kul 3.30-5 ptg. Sian sangat kat budak berdua tu. nampak sgt kepenatan yg hamat. nak kejut dorang bangun tak smpai hati.

Tp satu benda yg buat aku terkilan sanagt sampai skrg, gamba makanan & tetamu tak sempat nak snap sebab dok sibuk berborak sambil kehulur kehilir mengelek amir.. just ade beberapa jer yg sempat aku sempat amik gmba, tu pon guna camera phone jer..huhu




Thursday, August 22, 2013

gamba passport anak-anak


semalam ktrg g kedai gamba utk amik gamba passport amir. klaka tgk muka amir waktu ni..muka terkejut & blur..hehe..nasib baik senang je nak amik gamba dia.
umur: 8 bulan


ni plak gamba passport alya dulu. waktu amik gamba ni dia umur 8 bulan jugak.. tersengih2 anak dara ni.

Wednesday, August 21, 2013

vocab alya



alhamdulillah, vocab alya 2 tahun ni banyak sgt improve. asal amik dia dr nursery mesti benda2 ni dia tanya..

alya: mak tok mane?
ibu/ayah: mak tok kat kampung ayer keroh

alya: atok mane?
ibu/ayah: atok kat kampung ayer keroh jugak

alya: nenek mana?
ibu/ayah: nenek kat kampung gadek

alya: auntie mane?
ibu/ ayah: auntie kat rumah puchong. dia kerja.

alya: ateh mane?
ibu/ayah: ateh kat umah

pastu nanti dia akan ulang soklan yang sama berulang kali..

ni plak soklan aku setiap kali amik dia dr nursery.

ibu: alya buat apa hari ni kat sekolah?
alya: alya belajar abc

ibu: adik nangis tak?
alya: erm, tak nangis. adik tido jer

ibu: alya makan tak kat sekolah?
alya: makan

ibu: alya makan ape?
alya: makan nasik. cikgu suap.

amir safwan sudah memanjat

lasak betul amir skg ni.. pagi tadi boleh plak dia jatuh dari cot..huhu. x pernah terlintas plak yg amir boleh jatuh dr cot sbb kalau ikutkan logik cot tu berpagar .. lately ni amir kerap bangun malam , 2-3 kali bangun utk menyusu & nak tido meriba.. adoii... so mcm semalam, kul 5 lebih aku dah dengar dia bangun. bising gak la mulut dia dok pot pet pot pet. tp aku continue je tido sbb dia xde la menangis sgt pon. lagipon sebelum dia bangun kul 5 tu dia ade jugak berjaga sebelum nya utk menyusu.. tp tiba2 terkejut aku bila dgr bunyi benda jatuh. huh. tengok2 amir dah jatuh kat bawah. tp nasib baikla dia jatuh beralaskan tangan sendiri..huhu

maksudnya amir dah mula memanjat la skg ni. erm makin tak lena tido aku pas ni. after dia jatuh semalam, aku dah berkira2 nak bentang toto kat lantai jer. at least kalau dia bangun malam tak de la aku risau sgt.



Friday, August 16, 2013

Hari Raya 2013

Raya kali ni meriah sbb disambut dgn 2 budak kenit yang dah makin lasak..huhu. Amir yang dah berusia 8 bulan & Alya 2 tahun 4 bulan.

Perkembangan amir di 8 bulan:-
- berat 8.6kg
- dah boleh duduk sendiri since 7 bulan
- gigi dah tumbuh since 7 bulan (2 ketul gigi bawah)
- makan 3 kali sehari
- dah boleh berdiri dgn berpaut. risau bila bangun malam dia dah berdiri pegang bingkai cot..huhu

raya ketiga. berehat di RNR utk makan dinner.


Amir yang tak boleh duduk diam. bila berdukung meronta2 nak soh lepaskan.


raya kedua di ayer keroh. tema pink kaler.


beraya di rumah moyang usu..


raya pertama di gadek. mak apak yang eksited lebih


tengok tuh... anak2 langsung tak supportive..huhu