Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Wednesday, July 10, 2013

Si Petah Alya Sofea

Alya now dah pon berusia 2 tahun 3 bulan. dah makin petah bercakap. ayat feveret dia:

" Ayah wat apa tuuuu ?"

" Ibu wat apee tuuu?"

hehehe. comel jer bila dgr. bila kita jawab cthnya "ibu tgh kemas" nnti mesti dia ulang balik .." erm..kemas"

dah boleh buat full sentence mcm org dewasa... kadang2 tuh kalau amir nangis waktu aku tgh solat, dia akan pujuk adik dia cmni " adik jangan nangis ibu tgh solat, kakak kan ada".... tak pon kalau dia tgh layan you tube & malas sgt nak layan amir , cara dia pujuk amir lagi simple " Ammirrrrrrr" sambil tekan2 hurup M tu..hahaha.

Hari tu klaka masa kat umah ayer keroh, macam biasa ayah ni mmg suka makan something utk kunyah2 petang atau supper. Aku rasa time ni time supper kot. Ayah dah bancuh siap2 air kiwi then dia panggil ktrg sume utk minum skali. Aku tgk kaler air kiwi tu pon dah tau mcm manis.. Tp xdek la tegur ayah pon.. tp bila alya minum air tu, terus automatik dia sebut " eeiiiii manisssss"... hahahaha. Mmg betul la org ckp budak2 ni mmg jujur. :)

Alya suka tau nyanyi kat aku aku lagi ibu. Ala lagu " ibuuu..ibu.... engkaulah ratu hatiku..bila ku berduka..engkau hiburkan selalu..ibu..ibu..engkaulah ratu hatiku...." bila alya nyanyi lagu tu selalunya aku akan join sekaki ataupon biar je dia nyanyi then dah abis terus tepok tangan..hasben penah tanya aku " zura tak terharu ke alya nyanyi?" Hehehe  ..mestila aku terharu anak nyanyi kan utk aku....

Alya ni aku noticed dia ni mcm ade malu2 kucing sikit2... kebiasaanya after amik dia dr nursery, mesti dia akan nyanyi2 dalam kete... kdg2 lagu alif ba ta, twinkle2, old mac donald.. ade masa tu aku akan biarkan dia nyanyi sorang2 sambil layan2 amir...tp kan bila dia perasan dia nyanyi sorang2 mesti dia ckp " ayah nyanyi la skaliiii , ibu nyanyi la skali"...hehehe..malula tu nak nyanyi sorang2...

Friday, July 5, 2013

Amir Safwan @ 7 month old

oohh yeah!!! my baby boy turn to 7 month old today... alhamdulillah. cepat sungguh masa berlalu. dah 7 bulan ni, dah mcm2 kemahiran dia dpt. meniarap sudah pro, berguling sudah pro, merangkak ke depan sudah hebaittt, merangkak gostan pon dah boleh sambil pejam mata jer...hehehe. berat terkini di usia 7 bulan tak sempat nak timbang  sbb ibunya yg selalu sibuk... tp yg pasti more than 8kg la..

ok, amir dah diperkenalkan dgn solid food since dia 6 bulan lebih atau dalam erti kata lain after dia discharge dari wad. selalunya dia akan makan 3 kali sehari, pagi, tghari & malam. memula aku just start perkenalkan amir dgn puri buah dalam 2-3 hari  then terus jump to bubur blend. so far dia tak de menunjukkan alergi dgn makanan yang dah di intro (epal, pear, lobak). so tetiap hari aku akan masak utk bekalan makan amir & akan bekalkan 2 bekas bubur nasik + lobak yg diblend halus ke nursery. susu plak sejak dia dah mula makan ni dah makin berkurang minum. selalunya just akan habis 4ozx 3 botol jer.

dah 7 bulan ni, dia dah sangattttt la manja. letak bawah sekejap nangis, tinggal sekejap nangis, hilang je depan mata nangis..huhu... menangis jugak la aku dok melayan kerenah dia skg ni. kdg2 tu rasa mcm nak buat keje sambil ber "wrap" jer.

bangun malam masih lagi 2-3 kali utk menyusu. semenjak dah diasingkan amir tido dalam cot sendiri ni, agak terasa la penat dia bila bangun malam ni. memula nak kena angkat amir kuar dari cot, pastu susukan ambil dok kat katil, after amir dah puas nyusu & tertido terus pelan2 transfer dia masuk dalam cot semula. kdg2 berjaya bila dia akan terus terlena dalam cot. tp kalau masa transfer tu terlanggar sikit ape2 & terus terbukak mata dia, huwargh!!!! mencabar jugak la nak tidokan dia semula.

so buat masa ni tu jer la yang aku ingat pasal amir di 7 bulan ni....

I am sweet just like honey... auuwwww

Monday, July 1, 2013

baby cot

dah 1 minggu amir tido dalam cot dia sendiri. alhamdulillah, dia pon dah makin selesa & dapat sesuaikan diri. cuma first day jer la tido dia tak berapa lena. selang 1 jam mesti terbangun nangis2. tp masuk second day dia dah boleh adapt & boleh tido dgn lena. Even waktu siang pon aku dah biasakan dia tido dalam cot sendirian. macam weekend lepas, after mandi & makan bubur , macam biasa amir akan tido kul 10 pagi. so, after pok pok dia & terlena, terus aku masukkan dia dalam cot & aku pon boleh senang hati turun bawah utk buat kerja2 rumah. dah tak de nak risau2 amir jatuh katil lagi pas ni...ehehe.

cot amir dok sebelah tempat tido aku..


mcm best je tido dalam ni..


oh yer. amir dah 2 kali jatuh katil..huhu. sekali masa dalam jagaan hasben, & sekali dalam jagaan aku.. cian dia.. masa dalam jagaan aku, dia jatuh katil waktu tgh malam.. dalam kul 3 dia bangun utk menyusu & after dia dah kenyang & terlena, aku letak la dia kat katil.. sebelah tempat tido dia aku dah letak bantal sbg penghadang memandangakn amir tido kat hujung sekali.. tp malang sekali, after letak jer, dia terbangun & terus bergerak aktif. meniarap, bergolek2 & merangkak... nasib baik dia jatuh sekali dgn bantal. so agak beralas la jugak.. alhamdulillah dalam masa 24 jam aku monitor & dia tak de muntah2 after jatuh katil...lega mak..

lena dibuai mimpi...


amir masuk 6 bulan sudah sangat aktif. letak sekejap jer kat bawah terus meniarap bergolek. skg ni plak sudah boleh merangkak secara kedepan. kalau dulu asik le guna gear gostan..hehe. manja amir pon dah makin menjadi2.. huhu. tak boleh la kalau aku jauh sikit dari dia. terus melalak-lalak.. alahai anak... asyik la nak berkepit dgn aku 24 jam. even gi dapur dalam 5 minit, menangis dia mmg sungguh2 la macam kena dera..


aku ni pantang betul kalo nampak aksi mcm ni.. mmg kena tepuk je la bontot amir tu aku kerjekan..haha


almost 7 month..


hensem boy ibu...

Friday, June 28, 2013

Sakit Mata

last 2 weeks, amir warded disbbkan infection pada mata. huhu. sian giler anak aku tuh. starting dgn bengkak pada mata masa pagi2 nak hantar ke nursery hari Isnin. memula ingatkan just bengkak mata biasa jer memandangkan pagi tu bangun2 tido jer amir nangis tak brenti.. so, hantar la jugak amir & alya ke nursery. bila ptg amik jer dorang dari nursery, cikgu bgtahu bengkak mata amir still tak surut & suspected mcm kena sakit mata. so apalagi, terus la ktrg ke klinik malam tu & amik ubat utk amir.

so esoknya aku amik urgent leave jer utk monitor keadaan amir. tp malangnya after letak ubat titis (neo deca) mcm makin worst plak. bengkak makin menjadi2 plak...so hari rabu tu aku still amik urgent leave & kalau ikut perancangan hari kamis & jumaat ktrg dah amik cuti utk balik ke gadek sempena akikah amir hari sabtu. hasben half day hari rabu & terus ktrg singgah ke klinik sblm balik ke gadek. bila dah nampak condition amir yang makin teruk, terus doktor bagi surat refer utk jumpa paed/ doktor mata kalau bengkak amir masih lagi teruk esok nya.

so pagi kamis tu, after breakfast kat gadek, terus ktrg gerak ke hospital pantai ayer keroh. doctor check & geleng kepala tgk mata amir.. huhu.. masa ni mmg cuak & takut sgt kalo ade ape2 yang serius jadi kat amir. terus kena warded after doc mata & paed check amir... huhu.. so alhamdulillah after on antibiotik & kerap cuci mata, bengkak amir makin surut & boleh discharge hari ahad. cian amir, akikah sabtu tu just boleh cilok bawak balik gadek kejap jer disbbkan ptg tu nak kena continue antibiotik semula.. :(

& now mata amir dah sembuh sepenuhnya tp terus menurun ke ktrg plak... buat masa ni mata aku dah tak merah tapi still tak boleh tgk cahaya sgt..huhu.silau yang amattttt  I_______I


sehari sebelum kejadian..



1st day. masih ok & tak berapa bengkak


takut giler aku tgk mata amir waktu ni... huhu


before discharge..udah makin ensem..


menurun plak ke kakak...huhu..tp alya la yg plg cepat recover berbanding yg lain


mak datin sakit mata... :)


Wednesday, June 5, 2013

6 month Amir

hari ni pagi2 sebelum p ofis ktrg singgah jap klinik. niat hati nak mintak advise from doc disebabkan amir keluar bintik2 kat badan dia.. risau plak sebab last week amir demam & dua hari selepas baik demam ada keluar bintik2 kat badan dia. kalau ikutkan doc yg ktrg jumpa sblm ni sepatutnya bintik2 tu akan surut 2-3 hari. tapi sampai sekarang tak clear habis even ada sikit2...

bila jumpa doc, dia kata tu just ruam panas jer. lg pon amir tak de demam & meragam. so, disebabkan amir sihat walafiat, dia kena proceed dgn injection Hep B 6 bln....alhamdulillah, nangis kejap jer sbb terkejut kena inject. berat terkini sudah 8.2 kg utk 6 bln... hopefully amir tak demam & meragam kat nursery. kesian plak terpaksa stay nursery sbb aku & hasben kena kerja sbb kalau ikut plan ktrg nak bwk amir jab weekend je.


tangan yang tak berenti dok cubit kaki sendiri..


pose sebelum kena cucuk

Tuesday, June 4, 2013

alhamdulillah, sudah 3 tahun!!

28 May lepas genap 3 tahun usia perkahwinan aku & hasben. Alhamdulillah! seriously aku bahagia bersama hasben dgn kehadiran anak2.. semoga ikatan aku & hasben akan berkekalan hingga ke akhir hayat & kehidupan kami bersama anak2 diberkati ALLAH SWT. amin...



Perkembangan anak-anak


Alya Sofea (2 tahun 2 bulan)


seorang kakak yang penyayang kat adik. sangat la manja orangnya. dah mula mesra alam. asal org lain ajak p berjalan & nak dukung dia, terus bekepak tangan.. uhhh! risau sungguh dgn perkembangan yang tu. kena closely monitor lps ni...masih belum wean off lagi. siap boleh request tanak susu botol tp nak susu t****k.. sabo jer la.. susu tepung kat umah boleh dikatakan lambat giler nak abis..hehe.. kadang2 bila dah dibancuh sebotol tu, sebotol yang penuh tu juga akan masuk dalam sinki balik..huhu..

Alya start adik dia dilahirkan dah mula tidur lambat. kdg2 aku tido dulu dari dia..hehe.. kalau dia nak tido pandailah2 dia akan carik nenen sendiri. bila tidur lambat, of coz la bangun pon lambat. slalunya kalau weekend aku & hasben aku turun bawah dulu & tutup gate atas siap2.. bila dia dah bangun dia akan panggil je ktrg dari atas..

Alya nasik2 ni dia kurang sikit. nak soh makan nak kena paksa2 sikit baru jalan. makanan feveret dia spagheti. kelas anak aku ni suka makan spagethi..hehe. actually, makanan feveret dia tu segala macam mee dia akan senang hati masuk mulut especially spagethi.. bagi spagethi bolognese ok, mee hon sup ok, laksam ok , mee goreng pon ok.. tp kalau nasik mmg brapa suap jer akan masuk perut dia.

vocab yang sudah mantap di kala ini. skg ni asik jer nak bercakap, nak berborak.. seronok jugak melayan dia. banyak benda dia dah paham & boleh jawab beberapa benda yang kita tanya. suka nyanyi twinkle2, im4u, terima kasih, pastu banyak lagi tp lupa.... nursery rhytm pon banyak jugak dia dah pandai & pro.

sangat suka "mandi time". boleh habiskan berjam2 dalam toilet selagi kita tak paksa keluar. mampu jugak habiskan sebotol mandian time dia mandi T____T.. asik2 bersabun, pastu dia biarkan shower foam tu dalam tub then amik lagi tuang atas tangan lumurkan satu badan....huhu...


Amir Safwan (almost 6 month)



Si adik yang sangat manja jugak.. skg ni pantang la tinggal kan sekejap, terus melalak. sudah kenal org & akan menangis tersedu sedan kalau org yang jarang dia jumpa dukung dia. hehe. suka ketawa terkekeh2 kalau kita mengagah dia. masih lagi fully breastfeed & macam tak berminat lagi dgn solid food.

berat setakat minggu lpas sudah 8kg. sudah slowly naik. takpe2 yang penting pipi maintain labuh...hehe. perkembangan setakat ni, sudah berpusing2 & mula bergerak merangkak secara gostan..haha. aku & hasben letak barang kat depan dia soh dia capai, dia akan start gostan ke belakang. maybe dia nak bergerak ke dpn tapi still belum berjaya lagi.

tidur malam yang awal. sebelum kul 9 dah zzzz. bangun malam beberapa kali utk menyusu & akan senang tertido. tp 2 ,3 hari kebelakangan ni, tidur amir dah tak seindah dulu. dia akan bangun tgh2 malam, minum susu pastu tak mo tido... siap celik bulat mata dia.. kadang2 aku biarkan jer dia main sorang2 smpai dia dah penat baru aku tidor kan balik.. cara tido pon lately ni dah lain sikit. asik la nak tido berpangku. letak je bawah merengek2... T_______T

sama macam kakak dia, amir pon suka mandi. masukkan jer dalam tub, terus terpecik2 air kena kat aku dek dikerjakan amir.. huhu.. abis bergerak semua kaki tangan dia dalam air dok tepis2 air...hehe. bila terkena mata dia  terus terkejut & buat muka blur...

kalau dulu, amir tak berapa suka travel & duduk dalam kereta lama2, tp skg ni dia dah ok sikit. kalau dulu 10 minit jer dalam kerete terus resah gelisah & melalak2 nak keluar, tp skrg alhamdulillah dia mula boleh sesuaikan diri. kdg2 dia akan leka tengok kerete kat luar. lega mak apak kau nak.. senang nak bawak pi travel..




my buah hati pengarang jantung...