Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, November 29, 2012

Tahniah Harimau Malaya

Tahniah Harimau Malaya!!! auumm... hehe. semangat giler aku tgk bola semalam. walaupun sedekit keciwa sbb banyak giler kot peluang Malaysia utk tambah gol, tp masih terubat jugak la dgn kemenangan 4-1.

disebabkan en hasben yg sememangnye bukan kaki bola, terpaksa la haku mengangkut sekali si kecik tu utk teman kan aku tgk bola sama2..haha. siap terjerit2 YEAY!!! bile first goal tu. tp utk first goal je la dia excited. pastu terus alya bolayan aku sbb dok sibuk main ngn mainan dia & sibuk memunggah barang. huhu..




sian alya, disbbkan bola habis dlm kul 10.30mlm, sampai tertido2 la dia kat depan TV..hehe. sorry la sayang...sabtu ni kt repeat lagi yer tgk bola.. bukan slalu pon.... :)

Tuesday, November 20, 2012

Check up at 35w for the 2nd baby

19-Nov-2012 : checkup day for 35w. Memandangkan doc hanya available sebelah ptg, so ktrg terpaksa menunggu beberapa jam sebelum sampai ke giliran berjumpa dgn doc. Pagi2 tu still lagi ke ofis nak settlekan semua kerja & kul 1 dah bergerak keluar dari ofis utk amik alya dulu sebelum ke Annur. Sampai je kat Annur, amik dulu no giliran & ktrg gi makan2 dulu & balik umah utk solat & berehat2...hehe.

Dalam kul 2.30 after dah selesai solat ktrg terus ke Annur. Fuhh!! ikut no giliran, aku dpat turn yang ke-21. pergh! pergh! pergh!.. dah la patient ramai, Doc plak tgh2 buat checkup kena plak mintak excuse sbb nak menyambut kelahiran baby. so terpaksa la sesi checkup tu tergendala selama sejam...huhu. Alya plak skg ni, dah makin aku nak due, makin manja plak perangai dia. asik2 nak berdukung. tak dapat berdukung tunjuk protes dpn org. huhu. Sabo je la...

At last, aku dapat masuk utk jumpa dgn doc dalam kul 530 camtuh. terpaksa masuk sorang2 dalam bilik doc memandangkan hasben pi kedai makan utk menghiburkan hati Alya. So result utk minggu ke 35:

Berat aku: 59.1kg (naik 1kg dr berat 2 minggu lps)
BP: 111/71
Urine: OK :)
Berat baby: 2.998 kg

Alhamdulillah semua result dalam keadaan yang normal & baby pon sangat aktif dalam perut ni.

Nak crita jugak, barang2 baby & aku semua dah dikemas & dah disimpan siap2 dalam bonet kereta. Cuma nyer barang2 alya jer belum berpacking lg. huhu. kalau mengikut hajat di hati, after deliver & berehat 1-2 hari kat bangi, nak balik berpantang kat ayer keroh mcm first delivery dulu...

Wednesday, November 7, 2012

Between 33w to 34 w

Teruja sungguh nak update blog kali ni.. hehe. sebabnya hari ni aku nak bercerita pasal perkembangan baby dalam perut ni yang dah memasuki minggu ke 33++. Kalau ikut experience melahirkan kakaknyer, seawal minggu ke 38 dia dah selamat dilahirkan. erm...nerveous sgt rasa. Barang2 baby pon banyak lg yg tak lengkap. huhu. InsyaAllah ptg ni aku & hasben plan nak mencarik barang2 baby & muktamad beg utk ke hospital kena disiapkan weekend ni jgk. tak boleh dah bertangguh2....

Insyallah, kalau ikut perancangan kami ,anak kedua ni bakal dilahirkan di Annur Specialist Bangi dgn bantuan Dr Khamsiah. Setelah sebulan bertangguh utk checkup dgn Dr Khamsiah, akhirnye berjaya jgk ktrg mencurik masa utk buat first visit ke Annur semalam. Sepatutnya minggu ke 28 dah kena buat lawatan pertama tp disbbkan terlampau bizi & byk perkara yg perlu diuruskan, di minggu ke 33 lah kami berjaya ke sana. hehe.

Utk checkup semalam, seawal jam 730 ktrg dah kuar dr rumah & terus ke klinik. Breakfast kat sekitar klinik supaya senang nak chop nombor bila kaunter dibuka. Sbb berdasarkan pembacaan aku kat internet, utk buat checkup kat sana at least kena tunggu 2-3 jam utk smpai ke turn kita kalau kt terlewat smapai utk ambik no. cuba bayangkan, sorang patient at least akan amik masa 10-15 minit utk jumpa dgn doktor. Alhamdulillah, aku dapat turn yang ke 4. Doc smapai jam 9 & turun aku dalam kul 9 lebih camtu.

Result utk tekanan darah & urine adalah normal. Berat baby 2.6kg & doc expect berat baby adalah 3.5kg jika baby dilahirkan spt due date. hohoho. lebih berat dr berat si kakak masa dilahirkan. Erm, telan air liur jugak bila dgr doc ckp cmtu. Tp, tak kesah la berapa berat baby dalam perut ni, asalkan aku selamat melahirkan & baby sihat sempurna , aku dah cukup bersyukur. Alhamdulillah baby dalam perut ni juga sgt healthy dan kepala dah berada di posisi yang betul.

Masa checkup jgk, ade jgk soklan yang sempat aku tanya kat doc. disbbkan alya yg masih lg menyusu badan, kekadang risau jugak kalau2 terjadinya early delivery disbbkan contraction masa dia tgh menyusu. Jawapan doc, boleh jer menyusukan sampai kelahiran kedua asalkan si ibu tak de mengalami bleeding & contraction tp perlu diceraikan susu secara total ke atas anak pertama sebaik anak kedua dilahirkan. Maybe ada logiknya dgn alasan yang doc bagi iaitu susu tu sepatutnya menjadi hak anak yang baru dilahirkan sedangkan anak yang dah besar ni dah boleh makan & minum bermcm2 dan tak perlu bergantung lagi ke atas susu badan semata2. sob2.. terus teremosi bile dgr camtu. Rasa mcm tak sampai hati sgt nak berceraikan susu ke atas alya.

Erm disbbakan aku terbuka jgk cerita ttg masih lagi menyusukan alya, dan2 tu jugak doc suruh ambil darah dgn nurse kat kaunter utk check HB. huhu.. masa pertengahan pregnancy, HB aku doc kata sgt cantik, 12.4. tp dia suspect mesti ade penurunan kat HB skg disbbkan aku menyusu anak & tak makan sgt obimin yang doc bekalkan. After amik darah & tunggu result dalam 10 minit, dan seperti dijangka nama aku naik balik utk kena lecture dgn doc. hehe. terus dibagi nya aku 3 jenis ubat dan tak boleh pon skip2... erm takpelah, nak buat mcm mana. Dah mmg salah sendiri. Ubat dah la x mkn, makan & minum hari2 pon kekadang x terjaga. So, start semalam, hasben dah mula monitor ubat2 yg doc bg tu utk pastikan mmg aku x skip langsung mkn ubat. ^_^

Next visit adalah 2 minggu kemudiannya & waktu tu aku dah dalam minggu ke 35++. So far, pengalaman checkup dgn Dr khamsiah adalah best. Dia banyak bg nasihat & sangat soft spoken. aku yang pakai tudung selimpang masa pi check up semalam rasa mcm segan bila tgk penampilan doc tu. hehe...

Friday, October 5, 2012

Cerita minggu ni pulak.. hehe

Alhamdulillah, semalam adalah hari ke-9 ktrg tidur di rumah baru. Emak, Ayah & Adik jugak telah selamat tiba di Mekah bagi urusan Haji. Semoga semua jemaah haji akan mendapat haji yang Mabrur & selamat pulang ke Malaysia seperti yang telah dijadualkan.

Ok, berbalik pada cerita rumah baru pulak. Masih ada lagi 50% lagi kerja2 pemunggahan barang2 dari dalam kotak yang perlu dibuat. Buat masa ni, area yang sudah berjaya dikemas adalah dapur kering, dapur basah, bilik tetamu tingkat bawah, master bedroom & ruang menonton di tingkat atas. Even area2 tu dah berjaya dikemas, still ade lagi kerja2 pengubahsuaian & ruang2 yang masih lagi kosong disebabkan barang2 yang sepatutnya disimpan kat ruangan tu masih berada dalam kotak. hihi.

Kerja2 mengemas rumah baru ni byk sangat dibantu mak & ayah mertua yang sanggup bermalam selama 3 malam kat rumah ktrg semata2 nak menolong mengemas & men decorate rumah...sob2~~. terharu sangat!. Ila & munira pon byk menolong dgn mencuci & mengelap rumah sehari sebelum ktrg berpindah masuk hari Rabu lepas.. TQ all... TQ!!!....

Misi utk weekend ni plak, aku & hasben akan meneruskan lagi  perjuangan mengemas rumah & cuba sedaya upaya utk clearkan segala kotak2 yang still byk kat ruang tamu. Pagi2 Sabtu ni dah plan nak keluar gi bandar nak carik tangga utk tujuan memasang langsir.. huhu.. ada 6 tingkap yang still togel x berlangsir.
Insyallah, kena kuatkan semangat utk pasang langsir, clearkan kotak2 yang byk2 tu, & mengemas rumah hujung minggu ni.. Harap2 semuanya berjalan lancar & alya boleh bertoleransi dan tak buat perangai. amin...

Seterusnya nak bercerita plak pasal second pregnancy. Alhamdulillah, aku dah pon memasuki bulan ke-7 pregnancy & trimester terakhir. Dah dapat surat refer utk ke specialist & insyallah aku akan buat buat follow up check up selepas ni dgn doc khamsiah dari hospital An-Nur Bangi. Pregnancy kali ni agak mendukacitakan la jgk bila ramai yang tegur berat aku makin susut & susut. kekadang tu ade gak yang bgtahu dia x noticed pon aku tgh pregnant kalau tgk dr sisi belakang. bila dia tgk dr sisi depan br dia tau aku tgh preggy..hehe... oh yer, berat aku baru jer naik 1.4 kg dr berat asal sepanjang 7 bulan mengandung ni.. tapi, alhamdulillah, berat baby makin lama makin naik & agak montel la jugak doctor ckp kalau nak dibandingkan dgn usia dia ketika dalam perut... Insyaallah, jika dilihat pada scanner, dah jelas "bird" timbul pada bhg kemaluan since dia masih 4 bln lagi..hehe.

Alya plak ktrg tgh ade harapan utk menjadi kakak yang baik & penyayang pada adik dia. Suka tau dia usap perut2 aku sambil kiss2 & sebut baby kat perut aku ni... hehe. So far, perkembangan alya sangat OK & memuaskan utk usia 1 thn 6 bln. Dah boleh paham arahan yang ktrg bagi & kuat membebel. Tp ade 1 benda yang plg dirisaukan pasal alya sejak akhir2 ni. Berat dia ktrg tgk makin susut semenjak dia demam last week. & skg ni la dia baru berselera makan & minum. kdg2, tak cukup 1 botol susu, kena topup lagi dgn mknan lain....:)

Tuesday, September 25, 2012

Setiap kejadian pasti ada hikmah nya :)

Minggu lepas banyak betul peristiwa yang berlaku kat familiy kecik aku:

18.09 (Selasa)
Aku & hasben accident! alhamdulillah sumenya selamat & alya x berada bersama2 time tu. 3 kereta terlibat & kereta ktrg adalah mangsa yang ditengah2. kejadian berlaku di highway Bukit Jalil-Puchong & masa tu ktrg otw nak ke Bangi utk berjumpa dgn kontraktor. Serius after kejadian tu, terus life aku rasa mcm agak hectic sikit. Maybe sebab dok memikir pasal accident & tetibe plak bile balik umah tgk rumah berserabut dgn segala bagai kotak dari Movers yang baru jugak sampai waktu lunch hour betul2 sebelum kejadian accident tu :( . Plan asal hasben nak amik kereta backup (pinjam kereta MyV akak) kat Melaka malam tu jugak, tp setelah berfikir2 semula, adalah better dia balik ke Melaka pagi2 Rabu after berehat puas2 malam tu..


19.09 (Rabu)
Malam tu badan Alya panas.

20.09 (Khamis)
Aku EL sbb alya demam, batuk & selsema. 1 hari dia meragam tanak berenggang ngan aku. makan tanak, minum pon kurang.. sangat2 risau dgn condition alya. End up aku pon demam skali sbb berjangkit dgn alya. & first time jugak tidur alya yang sangat2 mendukacitakan..start pukul 8.30 mlm dia masuk tido, dia akan menangis dlm 5-10 minit after tertido dalam 15 minit cmtu smpai ke pagi. & for the first time jugak, aku rasa terlampau STRESS sgt disbbkan tu!!... sgt jahat & menyesal kalau diingat2 kan balik kejadian malam tu, aku asyik la marah kat dia disbbkan dia asyik menangis jer... sian alya ;(..... ntahla maybe aku stress disbbkan aku pon demam gak malam tu , pastu tgh preggy & perut lapa sbb x lalu nak makan...

21.09 (Jumaat)
Memula ingat nak EL lagik, tp tak boleh sbb hari ni adalah last day bos aku kerja sblm pegi Haji. Berat sangat rasa hati nak tinggalkan alya kat rumah babysitter tp alhamdulillah bos bg kelonggaran utk aku amik half day hari tu memandangkan keje2 handover dah selesai pg tu jugak.



Weekend tu plak, after demam aku ngan alya dah kebah, berjangkit plak demam tu ke hasben.. huhu..  Alhamdulillah, demam dia dah beransur2 kurang & skrg ni ktrg sedang dalam process mempacking barang2 utk berpindah rumah Bangi esok.. :)




                                                   sindrom budak nak dapat adik :).... cian dia.

Monday, September 10, 2012

Update utk bulan September

Bulan sept yg agak bizi, agak kelam kabut & sedikit memenatkan. Alhamdulillah, kunci rumah Bangi ktrg dah terima 1 sept hari tu. notis utk keluar rumah puchong dah di inform ke owner & insyallah bulan 10 kami sekeluarga akan mula menjadi penduduk Bangi sehingga ke masa yang x dapat dikenal pasti...hehehe. So dalam masa sebulan ni la ktrg memulun mencarik kontraktor utk buat minor renovation & insyallah dalam minggu ni kerja2 mengecat umah, membetulkan parkir serta tiles & buat semula bilik bawah akan bermula. Semoga semua urusan boleh diselesaikan seperti yang dah dijadualkan.. :)

Selain sibuk menguruskan rumah baru kat Bangi, urusan lain yang sama penting jgk adalah mencarik Movers. hehe.. dgn keadaan aku yg tgh sarat ni & alya yang dah semakin nakal memunggah & 'mengemas', rasanya mcm x berdaya plak utk menguruskan aktivity mempacking barang yang super duper banyak tu.. so apalagi, meng goggle la kami laki binik mencarik movers yang paling murah & berbaloi last week. after dapat 4 quotation dr 4 movers, kami sepakat utk memilih service dari Global Van Lines company. so segala urusan mempacking, memunggah , mengangkat & menyusun semula barang ke rumah baru bakal dibereskan oleh diorang. :)

Insyaallah jika ikut perancangan, renovation rumah akan memakan masa 2 minggu. so expected dalam hujung bulan urusan movers plak akan mengambil alih sejurus selepas kerja renovation & membasuh rumah selesai.. ermm, serius tak sabar rasanyer nak tunggu saat2 tuh. oh yer, sofa jugak dah direquest di kedai utk penukaran fabrik & sarung..hehe. walaupun bukan sofa baru, tp tetap la terasa baru dgn penukaran tu. dah tak sanggup nak menghadap serbuk2 itam dari pvc sofa  yg byk berterabur kat rumah. Even dalam toilet & atas katil pon boleh jumpa serbuk2 hitam tu..hihi... letih!!

Bulan ni jugak, mak, ayah & adik akan menunaikan ibadat Haji. Semoga urusan mereka semua akan dipermudahkan & mendapat Haji Mabrur. AMIN.  Akak plak 17 hb ni akan fly ke UK utk menyambung pengajian ke peringkat Master. Pengajian selama setahun & insyallah akan tamat bulan 10 tahun hadapan. Semoga jugak urusan akak di sana akan dipermudahkan & dapat berjumpa jodoh yang secocok..hehehe....

Adik baby plak skg ni dah memasuki bulan ke-6. Alhamdulillah, setelah beberapa bulan berat yang menurun akibat kurang selera makan, kini berat aku menaik sebanyak 2.1 kg dalam masa sebulan..hehe. mana taknyer selera syawal. Asyik makan makanan yang sedap, kuih raya & kerepek2.. Baby juga alhamdulillah sihat walafiat. Berat & panjang adalah normal bg janin seusianyer.

Si kakak baby plak, semakin lama semakin banyak akal. Dahla makin manja. huhu. kekadang tu asyik nak berdukung jer. kekadang jugak suka menangis x tentu pasal. cthnye, kalau dia nampak 1 barang tu, dia akan merengek2..."nakk...nakkk...", bile dah dibg barang tu, nangis plak tanak. pastu die beralih plak ke barang lain dgn sama peel nyer. pening kepala ktrg dikerjakan si kakak baby tu. Tp, buat la apa2 pon alya, still sayang aku & hasben kat alya x pernah menurun, malah semakin menebal & menebal. :) 

Tuesday, August 14, 2012

@ 21++ weeks for the 2nd

lately ni kerap sgt rasa nak terkencing akibat tendangan si baby dalam perut..hehe. actually aku dah rasa pergerakan baby ni since die 4 bln. lebih awal dr masa aku prgnant kan alya sbb maybe masa alya dah ade kot rasa pergerakan tp aku jer lambat nak noticed.

last checkup masa last week, alhamdulillah baby gain a weight & healthy. Gender? hehe. dah nampak dah memandangkan posisi si kecik tu yang terkangkang baik punyerrr masa tgh scan...hahaa...tp tanak awal sgt rasa gembira, so gendernya aku nak confirmkan lg masa next checkup. tp kan, gender baby ni takla ktrg kisahkan sgt, Boy or girl, ktrg akan terima dengan hati terbuka dgn gembira.

Alhamdulillah, puasa kali ni aku dapat laksanakan dgn gembira. hehe.. syukur sgt ramadhan yang berlangsung tanpa morning sickness.Thank you ALLAH. tp still ade lompong 2 hari sbb ade 1 hari tu  aku  tersilap makan yang menyebabkan aku muntah & cirit birit..huhu.. 

Kali ni nafsu makan masih lagi biasa2 & sometimes tu rasa tak de selera sgt nak mkn.so check up hr tu bila check berat mmg menurun dr yang lepas2..  nasib baik doc tak bising sbb baby still in normal condition. hopefully, after ramadhan ni selera makan aku bertambah & bertambah. hehe.