Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Monday, April 9, 2012

Percutian ke Kota Kinabalu, Sabah

Date: 20-23 Mac 2012 (4 hari 3 malam)
Venue: Kota Kinabalu, Sabah.

Ahli terlibat : saya, hubby & alya
Tmpt menginap: The King Park Hotel KK, Sabah


Day 1 (Filipino Market, Pearl Shop, Tanjung Aru Beach)


flight ke sabah kol 1020 am. so memandangkan hari tu adalah hari bekerja, ktrg bergerak dr rumah ke kl sentral kol 6.45am. dr kl sentral ke LCCT plak, just menggunakan perkhidmatan bas express shj..sonang citer..hehe..erm, percutian kali ni agak kalut sket memandangkan kesihatan alya yang x brp baik.. die baru start demam!!..huhu..sian dia.. :(
sampai LCCT dalam kul 8++ & sempat la kami breakfast di MCD dulu. Alya plak aku dah siap2 kan bubur bekalan breakfast kat LCCT

Alhamdulillah, perjalanan ke KK smooth dgn alya yang hanye tido smbil menyusu sepanjang perjalanan..hehe.. same condition mcm pergi bandung hari tu.. sampai je KK dalam kol 12 ++ lebey & husband terus kol owner kete sewa utk maklumkan yg ktrg dah pon sampai.. oh yer, ktrg just sewa kete viva jer dgn bayaran RM 100 sehari kot..okla, memandangkan hanya ber3 jer viva tu agak berbaloi la jgk.. so, bile dh selesai urusan serahan kunci kete, terus la ktrg bergerak mencari hotel yg dah dibooking sebelum ni. sbnarnye, masa awal2 dulu, ktrg booking satu hotel ni, hotel **** . tp bile sampai jer ctu, nampak plak kat cafe die tertulis perkataan PORK!!... pergh! , dgn x teragak2 terus la kami laki bini decide utk carik hotel yang lain .. sobs sob~~.. so jalan punyer jalan, sambil alya yang asyik dok ngek2 sbb x selesa kot, jumpe la dgn king park hotel ni & terusla jatuh cinta..hihi.. pas dah cek in , solat & park barang2 kat hotel ni, terusla ktrg keluar utk makan2 angin kat kota sabah ni. tempat pertama yg dituju mestilah gerai makanan. lapar weh!! nak tau ktrg mkn ape? cekidauttt!!!!


ikan bakar ..tp dah licin ikan tu aku & hasben kerjakan.. sambal kicap & smbal merah tu sedap gilos, aku siap tambah 2 bekas lagik sbb x cukup..hehe



fresh oren.. ade kisah disbalik air fresh oren ni.. haha. si waiters tu tanye la samada nak order gelas besar or gelas biasa, so dgn konpidennya, ktrg pon pilihla gelas besar memandangkan dua2 dah mmg lapar & haus tahap gaban.. tup2 sekali sampai 2 JUG BESAR air fresh oren!! giler kembung perut aku nak ngabiskan air tuh..huhu


hasben dengki amik gambar aku cam kebulur sgt..


bile memasing dah kenyang , ktrg teruslah menapak ke gerai2 pearl kat sekitar2 tu. tp utk first day ni, ktrg x beli pon ape2 sbb mood shopping tu still takde..





alya bosan sbb time ni pon dak opis dok kol hasben..




dah puas cuci mata kat kedai2 pearl, ktrg bergerak lagi ke FILIPINO MARKET. aku percaya sume org kalau gi KK, mesti singgah kat cni kan? disbbakan filipino market ni terletak dkat ngan pasar basah & kering, so shopping kat cni agak besla sbb agak2 rasa lapa & nak makan, boleh la terus pi kat gerai2 mknn laut yang ade dekat2 ctu gak.. antara barangan yang berjaya dibeli di cni, baju2 utk bg bbsitter, fridge magnet, ikan bilis, baju KK alya (comel lor), & makanan utk di mkn kat hotel waktu mlm..



next destination after Filipino Market , adalah Tanjung Aru. pantai kat cni serius sngat cantik, pasir die lembut jer bile kena pijak..hehe..tp alya jer dok menjerit2 bile kaki die kene kat pasir tu.. huhu...pelik aku, maybe sbb die rasa gelik kot :P







DAY 2 (Kinabalu Park, Pekan Nabalu Shop, Night Market)


selesai jer breakfast kat hotel pg tu, terus la kami anak beranak memecut ke Kinabalu Park. perjalanan memakan masa kira2 2 jam utk sampai ke atas. huhu. mencabar giler biler nak mendaki tu dgn menggunakan viva jer..hahaha..smapai hangit2 tayar tu hasben kerjakan..disbbkan ktrg bertolak agak awal, ktrg berjaya sampai ke Kinabalu park dlm kol 11 cmtu. sejuk giler kat kat atas. kabus pon sgt banyak.. tp agak malang bg kami kerana x berjaya nak snap gambar gunung kinabalu sbb x sempat..huhu..





pas dah puas bergambar kat kinabalu park, ktrg terus ke Pekan Nabalu shop. Pekan Nabalu ni terletak masa otw dah balik ke KK. kat cni pon lebih kurang mcm filipino market, cume rasanye harge barang adalah lebih murah dr filipino market. brg2 yg dijual lagi cantik & menarik dr filipino market.. :) . antara barang yg ktrg beli kat sini, t-shirt utk souvenier & fridge magnet lagi. hehe.. after dah selesai sume urusan, ktrg terus meneruskan perjalanan utk balik ke Hotel.

smapai hotel dah agak petang.. after memasing dah puas merehatkan diri, mandi, makan, tido, solat, next plan sebelum masuk tido semula adalah pergi ke Night Market.. lokasi die dekat jer ngn hotel. boleh je kalau nak jalan kaki, tp disbbkan alya yang still x brp sihat ktrg wat keputusan utk naik kereta jer ke sana.. kat Night market ni byk menjual mutiara2, barang2 souvenier, & t-shirrt2. harga pon x jauh beza dgn filipino market.



DAY 3 ( round around Kota Kinabalu shj)

plan asal sebenar nyer nak pergi island hopping. tp mungkin bukan rezeki kami kali ni (alya masih moody sbb x sehat) so aktiviti hari ni digantikan dgn melawat2 town kota kinabalu. tempat pertama yang dituju adalah Pearl shop. kali ni ktrg p pearl shop mmg bertujuan utk membeli. tp bukan la beli pearl yg beribu raban tu..just carik kerongsang utk mak & mertua, butang baju melayu utk ayah& ayah mertua jer. after abis beli belah kat shop, ingat nak menapak jer terus ke Filipino shop memandangkan mmg dah parking dekat nagn filipino market.. tp tak boleh plak nak meredah cmtu jer sbb alya dok melalak2 masa otw berjalan ke sana.. huhu, so terpaksa la patah balik ke kereta pujuk2 si kecik tu.. bukak ekon kuat2, sambil susukan dia sampai dia tertido. sambil2 tuh, husband drive kereta meround town.. antara tmpat yang disinggah adalah Menara Tun Mustapha & Taman Awam teluk Likas ..



then, balik semula hotel after utk solat & mandi... after sume dah wangi & siap2 solat, ktrg meneruskan aktiviti meronggeng dgn menjejakkan semula kaki ke Tanjung Aru Beach..hehe



DAY 4 (BALIK KL)

bgn pagi, kemas2 barang , breakfast kat hotel & terus cabut ke airport...hehe

Friday, April 6, 2012

Percutian ke Bandung Indonesia

ahakss.. ini adalah entri basi.. utk kenang-kenangan & sbg rujukan di kendian hari..hihihi

Date: 29 Jan - 1 Feb 2012 (4 hari 3 mlm)
Venue: Bandung, Indonesia
Ahli terlibat: saya, hubby, alya, emak, ayah, akak, ila & adik.
Tempat Penginapan di Bandung : My Family Guest House (berbaloi & selesa yg amat lah)DAY 1
flight diambil seawal jam 625pg utk berlepas. giler pening kepala aku atas kapal terbang sbb malam sebelumnya aku tido x smpai sejam pon disbbkan alya yg eksited smpai x mo tido..huhu.. at last, dok jer kat seat flight tu, ktrg dua2 pengsan tak sedarkan diri sampai la dah nak dekat2 bandung..hehe..

sepanjang kat bandung ni, cuaca adalah sgt nyaman. kalau tibe waktu malam, boleh menggigil2 la bile kena angin tu.. OK, Destinansi pertama kami adalah mkn2 dulu sblum pi pasar pagi memandangkan still awal lg nak check in hotel. Komen pasal pagar pagi ni, harga barang ok , sangat murah & byk gak pilihan. tp sbb tempat ni x masuk dalam list sbnarnye, so masing2 berlenggang kangkung jer kat ctu. opss cume hubby la beli 1 t-shirt basahan..:)




cth barang kat pasar pagi

pas dah puas cuci2 mata kat pasar pagi, ktrg pi plak outlet2 yang dekat ngn guest house. yg ni mmg rambang mata nak wat pilihan. tp seriusly, aku mmg takdak mood pon nak shopping time ni sbb kepala dok pikir katil jer, dgn kepala dok bepusing2, rasa nak termuntah, mmg tak boleh blah laa...so, after pergi 2, 3 outlet jer & masa utk check in dah sampai, kami dgn penuh girangnye terus la ke hotel..pas dah bahagi2 bilik & kunci ,terus jer memasing bertafakur atas katil sampai x sedarkan diri..kroh!!kroh!!!



MY FAMILY GUEST HOUSE + kereta pak supir



janji ngan pak supir tu, kol 4 ptg utk sambung balik berpoya2..so after selesai solat & memasing dah segar & mandi , supir pon dtg la jemput ktrg & terus ke toko 3. OK, yang ni sapa2 yg mmg nak carik seluar jeans & baju2 branded mmg digalakkan beli kat cni. aku ngn hubby just crik t-shirt jer utk dipakai. so bile dah sampai bilik hotel, terus rasa nyesal sbb tak carik seluar jeans kat toko 3 :( huhu.... after dah puas kat toko 3, ktrg sambung balik shopping kat outlet2 kat sekitar guest house sampai la malam.....


TOKO 3





shopping kat outlet smpai malam




DAY 2
yeay!.. destinatasi wajib di bandung PASAR BARU!!!....giler semangat sume org biler bangun pagi hr tu.. pas makan kenyang2 kat hotel , terus la ktrg bergerak ke pasar baru. disbbkan ari tu adalah ari bekerja, maka senangla kerja2 kami utk bershopping sbb tak terlalu ramai kat pasar baru.. mcm tak sangka sbb ktrg boleh habiskan masa kat ctu sampai ke petang atau dalam erti kata lain, sampai kedai kat dalam pasar tu nak tutup..hahaha.. alya pon 2, 3 kali boleh tertido dalam carrier.. penat okeh mak yg kena angkat.. hehehe...tp shopping kt pasar baru ni sentiasa didatangi org yg jual air & makanan. so tak perlu la risau kalau masa shopping tu de pon bwk bekal makanan .. foodcourt pon ade disediakan kat situ jugak (lupe plak level brp). ktrg makan ayam penyet kat foodcourt tu. sedap giler, air plak aku amik air guava.. mmg best. ( so hot tips: sila la order air buah ketika berada di indonesia, memang x rugi sbb rasa buah yg sngat pure)..



acara wajib sebelum keluar shopping..kira duit!! ahaks




keadaan di pasar baru.. tu la die minuman yg byk sgt dijual..






then, bile dah puas mengabiskan duit kat pasar baru, pak supir terus bwk ktrg pi cibaduyut. kat cni ade disediakan tmpt solat lelaki & perempuan. :) so tak perlu la riso kalau terleka bershopping.. temapt cibaduyut ni byk menjual bag & kasut kulit. ntahla, aku rasa harga dia cam lebih kurang jer harga kat mesia, ni bak kata husband la. tp ade jgk la yg murah 2 die jual.... cume kena pandai pilih & kira2 sket...cibaduyut


DAY 3
destinasi ari ini adalah ke Tengkuban perahu. so dinasihatkan pada sesapa yg nak ke cni, bwkla shawl, cardigan ataupun baju sejuk utk menutupi badan memasing. sbb tangkubah perahu ni terletak kat tmpat tinggi, sekali angin tiup abis melayang badan tu..hihi.
then, pas dah penat bergambar2 terus plak memecut ke pasar baru lagi!!.. hik hik... so aktivity kat situ macam biasa la, shopping sampai nak muntah..haha..


DAY 4
balik Kuala Lumpur.. flight kol 830 am.. sampai je KL, yang lelaki sume tumbang, pompuan plak dok sibuk punggah keluarkan barang shopping...hihi


Thursday, April 5, 2012

Alya turn to 1 year

alya dah setaun!!!


perkembangan die:-


1- masih x berjalan lagik..hehehe.. still takut2 lagik nak menapak.. takpe dear, take ur time :)

2- gigi 3 batang, lagi 2 bakal menyusul...

3- dah terror panjat & turun sendirik sofa & katil.

4- boleh tido sendiri. kdg2 kene gak la mengempeng

5- napsu makan yg sudah sedikit berkurang

6- dah mesra alam sikit ngn org sekeliling

7- jumpa org , suka salam cium tangan

8- bile sebut babai, mesti wave tangan..

9- suka minum air putih

10- suka peti sejuk, asal bukak peti sejuk, laju jer datang smbil sengih2..

11- kalau kt tgh mandi dlm toilet, mesti dia kacau2 smbil ketuk pintu sampai la kt bukak pintu..huhu

12- still menyusu badan & blom campur lg ngn susu tepung. semoga aku boleh menyusukan dia selama yang boleh.

13- tido malam sangat la lena..



tu jer yg ingat wat masa ni..



Monday, January 9, 2012

9 Month Alya

bosan la wei.. masuk jer hari isnin mesti tak de mood nak buat kerja. dah tu rasa ngantuk sangat dr pagi tadi. sampai dalam kete waktu otw p opis pon aku bleh tertido dalam kete. sian en hubby kena driving sensorang. aku suspect ngantuk aku ni mesti disebabkan aku tak minum nescafe pagi tadi. owh yer, ari ni aku berpuasa. sudah menjadi kebiasaan, waktu breakfast jer mesti aku minum secawan nescafe. semalam aku dah plan pon sebenarnya nak buat nescafe gak buat bersahur. tp apakan daya, manusia hanya mampu merancang, tapi ALLAH yang menentukan.. ececeh.. aku terlewat bersahur, cume tersedar je lagi bbrp minit nak azan. bukan nye tak kunci jam, tp biasalah kan alarm dah bunyik, tp tangan ni gatal plak dok menekan butang snooze sambil sorok henpon bawah bantal..haah, padan la muka.. akhirnya bersahurla aku dgn ala kadar jer. tp alhamdulillah la kan, masih boleh bersahur lagi :P

ok, tanakla citer pasal kisah pagi td. arini nak citer pasal si kecik ALYA tu plak. hehe. yeay, alya berusia 9 bulan dah. alhamdulillah, sihat walafiat & dah macam2 akal dia dpat. sudah merangkak, tp lebih suka memilih utk mengensot. hehe. aktif juga memanjat2 & slalu la badan aku yang jadik mangsa. setakat cross badan aku ni, pejam mata pon dia mampu buat. haha. lagi satu aktiviti kegemaran dia jgk yang menjadi kegemaran aku adalah aktiviti meniup kaki & perut aku..giler best masa dia tiup tu. walaupun aku terkekek kekek ketawa sampai nak kuar air mata, still dia akan terus kan jugak buat sambil dia pon terkekek kekek sama.. haha. aku pon tatau motip dia tiup2 benda alah tu.. sampai abis lenjun la perut aku dia kerjakan... :)

mcm entry aku yang lepas, aku dah bitau kan, yang ktrg sudah mula berkampung kat ruang tamu. senang skg ni tido atas toto jer, tak la aku rasa gundah gulana sngat kalu boleh terlelap time dia tgh main2. kalau dulu, asal aku celik jer mata tgh malam2 tu, benda pertama yang mesti aku carik adalah alya. hehe. risau kalau dia dah tak de atas katil. tp kan, setakat kalau jumpe alya kat paras kaki aku tu memang biasa la....haha.. scaryy...

aktviti makan alya plak makin menakjubkan. pernah satu ketika (chewah!), alya akan amik 4 kali hidangan bubur nasik tuh. skg ni dah tak main dah 1 genggam beras utk dia. tp dah guna pot plak, tp 3/4 la. hehe. slalunya aku akan bekalkan 2 bekas bubur ke babysitter & kalau alya masih lapar, BS bolehla topup ngn nestum gak disamping susu yang aku bekalkan 4oz x 5 botol tu. cam minggu lepas, aku dah try perknalkan lauk2 tumis plak. aku try bagi bubur ayam yang dah ditumis siap2 dgn bawang putih & merah..pergh!! memang terangkat la.. sedap gilos. aku pon tumpang sekaki makan,. haha, tp tak guna la jgkkan kalau aku sorang je yang terangkat, tp watak utama tu buat derk je kan.. hehe. maybe first time makan bende bertumis ni, dia rasa pelik sket kot. tiap kali suap, tiap tu la wat muka kembang tekak. tp, akhirnya berkat kesabaran aku, hidangan utk malam tu, alya dah boleh terima & makan dgn lajunya.

erm tu je la dulu nak citer, rasa cam nak tido kat surau plak. ngntuk sgt

bawah ni ragam2 alya ujung minggu lepas.. :)








ni plak sebok kacau ayah dia.. dia ni pantang tgk laptop mesti bersinar2 jer mata..hehe





Friday, January 6, 2012

unlucky

ari ni ari ke2 bekerja di tahun 2012. mood masih lg swing2 & masih lg berusaha utk mencrik tune2 yang sesuai. hehe. masuk taun baru ni means kena ade azam taun baru la kan? ececeh.. baru la nak berazam, padahal masuk taun baru islam la kena start ber azam baru. huhu.
okla azam taun baru 2012 ni adalah utk berjimat cermat dalam berbelanja, nak abiskan ganti pose sebanyak 9 hari lagi sebelum bulan 3 & cuba utk mengurangkan berat badan yang semakin bertambah.. target berat badan yang perlu dikurangkan adalah 4kg ..chaiyok ura! chaiyok!..

ok nak citer sket. penghujung tahun 2011 & di ambang 2012 ade beberapa peristiwa yang telah berlaku ke atas aku & alya.. yang pertamanya adalah alya JATUH KATIL. huhu. ni sume disbbkn kelalaian aku sendirik.. poor my baby. smpai sekarang aku still rasa bersalah walaupn hasben slalu tegur jgn slalu sgt rasa bersalah. kejadian berlaku kat umah mertua di alor gajah time tgh menyusukan dia..ok, mari kt recall kisah yang sedikit malang ini... after alya kenyang, mandi & puas bermain2 ngn nenda, atokanda & ayahanda, dia mcm biasala dgn rutin hariannya iaitu perlu menyusu sambil melelapkan mata. ok, & aku pon yg mmg dah biasa dgn rutin tu terusla bwk alya naik ke bilik after alya memberi signnya menguap2 & menggosok2 mata. bile dah dapat posisi yang best kat katil, aku pon menyusukan la alya sambil berbaring sambil2 menepuk2 punggung bulat alya. sblm tu, smpat gak la aku buat border kat tepi2 katil tu sbg langkah2 keselamatan. tp malangnya, aku x berjaya pon tidokan dia, sbb aku plak yang terlelap dulu dr alya. & standard la budak2 kecikkan, bile dia tgk ibu dia tgh syok tido, mestilah dia seronok kehulur hilir atas katil tanpa suara tegahan ibu dia kan.. huhu... pastu tetibe aku tesedar dr tido bile dgr jer sore budak nangis. mmg sgt cuak bile bukak jer mata alya dah ade atas lantai. apalagi, aku pon terus la angkat alya smbil gosok2 badan dia. alhamdulillah, smapi hari ini, alya x de muntah2 & masih lg aktif, aktif & aktif mcm biasa. -______-

perkara kedua plak adalah terjadi pada diri aku sendirik. awal2 tadi kan aku ada mentioned yg hari ni merupakan hari kedua aku bekerja di taun 2012.. nape baru ari kedua padahal sepatutnya ari ni merupakan ari ke 4 bekerja di taun baru yer? .jeng2x. jawapan nya adalah aku dpt mc 2 hari gara2 kecederaan yang x la serius sgt pada jari jemari halus aku ..ok, mari kita recall plak kisah yang sedikit malang ni jgk... kejadian berlaku di rumah along di Damansara ketika nak panaskn bubur alya utk makanan tghari dia.. masa tu aku dah rendam pon makanan dia dlm mangkuk air panas . & tetibe gatal tangan nak tukar plak ke bekas yang lebih besar la kononn. huhu. waktu nak bwk bekas tu ke singki la air panas tu tumpah ke tanagn aku ni..sakit weiii.. serius sampai aku pitam disbbkn sakit tu. yelah, mana tak nyer, yang melecur tu dua2 belah tangan tuhhh..huhu.sian alya, disbbkan tangan aku yg x boleh beroperasi secara baik, hasben & family in law la yg byk membantu menguruskan dia time2 tuh.. TQ sume!!..

tp disebalik kejadian2 yang berlaku tu, ade bbrp positif thing yang berjaya diubah dlm life aku, iaitu skrg ni ktrg 3 beranak dah mula berkampung kat ruang tamu. habis segala toto, bantal2, selimut dok tersadai jer depan TV gara2 tiap2 malam ktrg akan tido kat atas toto je lepas ni. dah x berani dah nak tido atas katil lagi.. TAKUTTT kalau2 alya terjatuh lagi!!.. uhuhu..yang kedua plak, semestinya lepas jer tercurah air panas kat atas tangan menjadikan aku lebih berhati2 dlm buat sesuatu perkara tu ^__^

Thursday, December 8, 2011

crawl

its time to crawl & crawling...hehe

Monday, December 5, 2011

ustazah alya

perkenalkan ustazah pilihan, ALYA SOFEA!!!.. ^__^. hehe..innocent jer muka anak aku ni..setiap kali kat opis, tah brape kali aku menelek muka cik kak sorang ni..