Lagi beberapa hari Sarah akan masuk 6 bulan. Progress dia setakat ni Alhamdulillah sangat OK. Sekarang dia dah mula bergolek-golek. Dari posisi baring ke tiarap & balikkan semula badan dia then tiarap semula kemudian balikkan semula badan dia sampai tup-tup dah tiba ke hujung karpet.. huhu. Risau jugak kalau atas katil & semua tak perasan alih-alih dia dah ke bawah. Kena extra careful lepas ni. Tido sudah semestinya dalam cot even tido siang pon. Kalau sebelum ni masih berani nak letak dia tido kat tengah-tengah alam atas katil king tu, tapi bila dah start bergolek rasanya dah tiba masanya tidokan dia dalam cot even utk waktu pagi pun. Kalau malam-malam memang dia tido dalam cot sebab kapasiti katil king tu dah tak muat nak tido berlima. Dah namanya tido pun berjemaah, haruslah semua anak beranak semua sumbat atas katil tu..hehe
Buat masa ni, Sarah masih lagi exclusively breastfeeding. Dekat taska, selalunya dia akan minum 4 atau 5 botol susu 4 oz. Atau kadang-kadang just habis 3 botol jer. Ikut mood dia. Kalau dia banyak sangat main atau exercise kat taska, selalunya dia akan kurang minum. Kalau hari tu mood dia nak minum ajer, boleh la abis 5 botol.
ahad lepas- cubaan mengangkat bontot untuk merangkak
Hujung minggu ni ingatkan nak mula bagi solid food kat dia. Last week waktu vaksinkan Sarah, doktor dah bagi guide utk mulakan solid food Sarah. Even ni anak ketiga, berdebar-debar gak la perasaan nak bagi anak makan nih..hehe. Masa time Alya dulu, aku memang excited giler bila nak introduce solid food kat dia. Tepat 6 bulan dah mula bagi puree & Alya bab makan memang laju waktu dulu-dulu. Waktu Amir pulak, perasaan excited tu tak berapa sangat, then aku pon delaykan sampai dia nak masuk 7 bulan. Tapi utk Sarah ni, aku rasa dia memang dah ready utk makan sbb mulut dia akan terkumat kamit la sekali kalau kita tengah makan. Serius aku kadang-kadang serba salah kalau makan depan dia. Sebab nya nanti dia akan tengok jer kita makan tu sambil meleleh-leleh air liur tu. Lagi satu semua barang dia akan jilat & masuk mulut seems dia memang dah betul-betul ready utk makan.
Next topic pulak cerita pasal Amir. Amir sekarang dah 2 tahun 9 bulan. Makin becok, makin menjadi-jadi sikap keabangan, makin protective kat adik & makin keletah. Sarah kemain suka sangat kat Amir sebab Amir suka mengagah dia. Kalau aku mintak tolong Amir tengokkan Sarah, dia agak boleh diharap. Kat taska, dah mula tak ber'pampers'. Alhamdulillah dah lebih kurang sebulan dia free diapers kat Taska. Ni semua sebab cikgu dia yang willing nak ajar dia. Tapi kalau kat rumah, kadang-kadang kitorang pakaikan jer dia pampers sebab takut tak dan nak tengok semua (padahal malas). Erm, rasanya lepas ni, nak suruh dia tak pakai pampers jugak la kat rumah.. Harap-harap diberi kekuatan untuk rajin melayan pundi kencing Amir lepas ni.. hehe
Cerita Alya pulak. Umur dia now dah 4 tahun 5 bulan. Oh my, nak dekat masuk darjah 1 dah budak ni. Kelmarin, masa amik dia dari sekolah, borak-borak dengan cikgu dia pasal progress Alya kat sekolah. Alhamdulillah, cikgu dia bagi positive feedback tentang Alya. Dia cepat belajar & dah mula kenal huruf-huruf. Kalau kat rumah pun, kitorang noticed Alya suka main puzzle. Dia boleh solvekan puzzle sendiri dengan betul. Kadang-kadang, kalau kita belikan dia mainan yang memerlukan build sendiri, insyaAllah dia mampu buat.
No comments:
Post a Comment