bosan la wei.. masuk jer hari isnin mesti tak de mood nak buat kerja. dah tu rasa ngantuk sangat dr pagi tadi. sampai dalam kete waktu otw p opis pon aku bleh tertido dalam kete. sian en hubby kena driving sensorang. aku suspect ngantuk aku ni mesti disebabkan aku tak minum nescafe pagi tadi. owh yer, ari ni aku berpuasa. sudah menjadi kebiasaan, waktu breakfast jer mesti aku minum secawan nescafe. semalam aku dah plan pon sebenarnya nak buat nescafe gak buat bersahur. tp apakan daya, manusia hanya mampu merancang, tapi ALLAH yang menentukan.. ececeh.. aku terlewat bersahur, cume tersedar je lagi bbrp minit nak azan. bukan nye tak kunci jam, tp biasalah kan alarm dah bunyik, tp tangan ni gatal plak dok menekan butang snooze sambil sorok henpon bawah bantal..haah, padan la muka.. akhirnya bersahurla aku dgn ala kadar jer. tp alhamdulillah la kan, masih boleh bersahur lagi :P
ok, tanakla citer pasal kisah pagi td. arini nak citer pasal si kecik ALYA tu plak. hehe. yeay, alya berusia 9 bulan dah. alhamdulillah, sihat walafiat & dah macam2 akal dia dpat. sudah merangkak, tp lebih suka memilih utk mengensot. hehe. aktif juga memanjat2 & slalu la badan aku yang jadik mangsa. setakat cross badan aku ni, pejam mata pon dia mampu buat. haha. lagi satu aktiviti kegemaran dia jgk yang menjadi kegemaran aku adalah aktiviti meniup kaki & perut aku..giler best masa dia tiup tu. walaupun aku terkekek kekek ketawa sampai nak kuar air mata, still dia akan terus kan jugak buat sambil dia pon terkekek kekek sama.. haha. aku pon tatau motip dia tiup2 benda alah tu.. sampai abis lenjun la perut aku dia kerjakan... :)
mcm entry aku yang lepas, aku dah bitau kan, yang ktrg sudah mula berkampung kat ruang tamu. senang skg ni tido atas toto jer, tak la aku rasa gundah gulana sngat kalu boleh terlelap time dia tgh main2. kalau dulu, asal aku celik jer mata tgh malam2 tu, benda pertama yang mesti aku carik adalah alya. hehe. risau kalau dia dah tak de atas katil. tp kan, setakat kalau jumpe alya kat paras kaki aku tu memang biasa la....haha.. scaryy...
aktviti makan alya plak makin menakjubkan. pernah satu ketika (chewah!), alya akan amik 4 kali hidangan bubur nasik tuh. skg ni dah tak main dah 1 genggam beras utk dia. tp dah guna pot plak, tp 3/4 la. hehe. slalunya aku akan bekalkan 2 bekas bubur ke babysitter & kalau alya masih lapar, BS bolehla topup ngn nestum gak disamping susu yang aku bekalkan 4oz x 5 botol tu. cam minggu lepas, aku dah try perknalkan lauk2 tumis plak. aku try bagi bubur ayam yang dah ditumis siap2 dgn bawang putih & merah..pergh!! memang terangkat la.. sedap gilos. aku pon tumpang sekaki makan,. haha, tp tak guna la jgkkan kalau aku sorang je yang terangkat, tp watak utama tu buat derk je kan.. hehe. maybe first time makan bende bertumis ni, dia rasa pelik sket kot. tiap kali suap, tiap tu la wat muka kembang tekak. tp, akhirnya berkat kesabaran aku, hidangan utk malam tu, alya dah boleh terima & makan dgn lajunya.
erm tu je la dulu nak citer, rasa cam nak tido kat surau plak. ngntuk sgt
bawah ni ragam2 alya ujung minggu lepas.. :)
No comments:
Post a Comment