Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, July 22, 2011

love u anakku

anak gadisku yang sangat2 manja.. suka didukung, diagah & dilayan cam puteri..hehe..tp takpela nak, ibu sanggup melayan alya selagi diberikan kudrat dari Allah..

Monday, July 18, 2011

Weight Measurements for Babies

Average Birth Measurements for Healthy Full-Term Malaysian Babies

FROM TO
Birth Weight 3.0kg 3.5kg (alya: 3.18kg)
Length 47.0cm 52.0cm (alya: 52cm)
Head Circumference 34.0 cm 36.5cm (alya: 33cm)

Desirable Growth Range

Gender : Girls


4 months

Weight: 5.6 – 6.6kg

Length: 60 – 63cm

Head Circumference: 40 – 41.8cm

7 months

Weight: 7.1 – 8.3kg

Length: 65 – 69cm

Head circumference: 42.2 – 43.8cm


12 months

Weight: 8.8 – 10.2kg

Length: 73 – 76cm

Head circumference: 44.2 – 46.0cm

Gender: Boys



4 months

Weight: 6.2 – 7.3kg

Length: 61.5 – 65cm

Head circumference: 41.2 – 43.2cm


7 months

Weight: 7.8 – 9.1kg

Length: 67 – 70.5cm

Head circumference:43.4 – 45.2cm


12 months

Weight: 9.6 – 11.1kg

Length: 73.5 – 77.5cm

Head circumference: 45.4 – 47.2cm

Thursday, July 14, 2011

bg salam dulu boleh?

haha..tajuk mmg x boleh tahan...

sbb aku wat tajuk ni? td masa tgh diskus ngan opismate pasal 1 bende tu, tetibe ade plak mahluk allah yang menyampuk bg cadangan la konon..tp lari topik & x de kaitan langsung ngn ape yang ktrg tgh diskus tu.. adui la..dah slalu sgt aku tgk dia camtu. lain kali, tolong la bagi salam dulu kalo nak menyampuk boleh tak? ish, x pasal2 dpt dosa aku ni..dah la tgk beposa ni..hehe.

ade 8 ari lagi nak ganti pose.. alhamdulillah dah berjaya melalui ganti pose sbyk 11 ari.. ni penangan time tgh mabuk waktu pregnant kan alya aritu..hehe.. dah selamat dah keluar si putri tu..suka sgt.. sgt berbaloi..

risau jgk sbnarnya kalo x sempat nak abiskan ganti pose sblm start ramadan ni..lagi 17 ari nak mula ramadhan yang baru.. huhu...

yeay..

yahoo!!.. masalah trip ke KK dah settle.. tiket alya dah berjaya beli semalam.. Tq en hubby yg kusayangi slalu..i lap u la...hehe..

smlm gigih sgt hubby pi KL sentral utk beli tiket si putri tu.. serius sgt gembira bila hubby bitau alya dah ade tiket kk KK skali, tersenyum lebar aku kat umah time tu..hehhe

pas ni dah boleh la berangan pi tour ngn famili next year .. :)

Tuesday, July 12, 2011

wishlist

wishlish:-
1) beli umah landed house
2) laptop sebijik ( sbb adik pinjam wat blaja..sian plak nak mintak kat dia )
3) bercuti ke luar negara..hehe..
4) nak pi umrah

so utk wishlish pertama tu, ktrg tgh pulun la nak mencarik. budget :less than rm 350K. kalau boleh la nak crik umah teres 2 tingkat..pastu ade ruang gak utk ber garden & ruang alya leh main2 ngn swimming pool kecik dia.. then, jadik idaman gak utk umah tu ade wet kitchen & dry kitchen so that dptla privicy sket waktu nak memasak. perabot plak kalo boleh nak jenis yang dah slot in ke dinding..bla..bla..bla.. boleh tak? hehe.. sume tu impian utk RUMAHKU la..

tp utk umah first ni, sbnarnya tak la demand tinggi2 sgt pun.. cukupla kalo umah tu sempurna utk diduduki & perjalanan dr opis ke umah menyenangkan.. so dlm mencari2 & survey umah2 ni, dpatla short listed kan umah2 yang sgt2 berkenan dlm ati. firstly, dpt carik kat area puncak jalil..dapatla kol 2,3 umah. range harge lak dlm 250K utk 4bilik & 3 bilik air..tp sgt hampa sbbnya at the end semua agent2 tak pon kol ktrg balik utk wat confirmation appointment tgk umah.. ada gak yang ktrg try follow up utk appointment tu, tp x dpat gak tgk umah dgn alasan tak dpt kunci dr owner umah..huhu.. sedih sgt, so terus reject pilihan nak dok kat puncak jalil..

second choice plak dpt kat area bandar sri putra..umah dia cantik & baru. harga less than 300K. tp bile time/tarikh dah set & waktu nak pi tgk umah tu, hampa la skali lagi sbb agent tu sesuka ati postpone tarikh tgk umah..dah la last minit dia bitau, ktrg plak dah otw plak nak pi sana..ermm, apa lgi, cancel terus carik kat area sana..huhu

utk last choice ni plak, dpat kat area kajang . umah masih lgi dlm keadaan baik & cantik. Td dah kol agent tu, dan dah mintak utk tgk sabtu ni..tp tak confirm lagi sbb still kena tunggu kunci dari owner umah. so harap2 & doa sgt2 hajat ktrg utk tgk umah tu kesampaian since dah brpa kali hajat ktrg nak tgk2 umah tergendala...amin..

ok la setakat ni jela. nnti sambg lagi utk next2 wishlist plak.. :)

KK

susah hati la. td booking tiket flight p KK sempena tgh promo ni. Tp x booking pon utk alya skali..huhu..budget bleh tambah kendian.

tp bile dah berjaya booking tiket utk 2 org & nk try tambah, system x bagi plak nak add..
erm..susah ati la saya.. igt nak pi berjalan2 ngn alya skali taun depan.

nak kena pi counter la nampknya nnti..harap2 berjaya..

Monday, July 11, 2011

new templete

tadaaa!!!!!.. blog sudah berwajah baru.. mak suker..hehe.. simple & x berserabut..tema skg putih suci & bersih

~mood bosan, dok menumpang opis hasben, keja belambak tp mls nak wat :P~

BS

tetibe rasa nak jdik suri rumah jer, tak pon amik cuti tanpa gaji setahun.. alasan? nak jaga anak sendiri, sbb slalu jer rasa cam x sedap ati bile org jaga. boleh tak?

nak2 skg ni, alya dah kurang minum susu botol.. asal sua kan susu botol, melalak si putri tu.. feveret position waktu nak nyusu, mesti nak sambil baring.. anak..anak..kalau la ibu awak ni suri rumah kan bagus..

last week, mak ayah aku jaga alya 3 ari. masak, alya dah start kenal org.. nampak je muka atok & maktok, dia tenung lama2, agak2 mcm x familiar muka tu, menangis sbb takut..huhu. tu baru tengok muka, lom lagi maktok bg susu kat alya, menangis2 tak mau susu botol tu..

camane ni? ikutkan ati, arini gak nak start jaga anak sendiri, FULL TIME !!!. Tp apakan daya,aku ni kerja makan gaji, nak kerja utk tolong hasben mana yang patut, topup sikit2..hajat hati, nak kumpul duit , share beli beli rumah ngn hasben, utk kesenangn keluarga.. nak menyimpan duit utk alya utk masa depan dia nnti..

doa sangat2 agar alya betul2 dilindungi semasa dalam jagaan pengasuh dia... AMIN~~

rindu alya

already miss my baby la.. :(

Friday, July 8, 2011

Selepas bergelar ibu

perubahan after bergelar ibu..hehe :)

1) peti ais

sblm ni pakai freezer 1 pintu, tp after ade alya ni, upgrade ke 2 pintu plak. reason dia sbb ade space utk simpan susu & jangka hayat susu dalam frezer 2 pintu ni lagi lama.


2) mesin basuh

betukar ke auto. senang & jimat masa. balik jer umah, campak je baju2 kotor dalam mesin basuh, pastu leh main2 ngn alya & wat keje apa2 yang patut

3) henbeg besar


sbnarnye bukan henbeg.,tp lebih pada beg sandang besar utk letak purse, alat mekap, henset
& yang plg penting breast pump, botol susu, & cooler bag.

senang, sampai je opis, letak trus kat surau utk aktiviti mengepam


zoom in


zoom in kat cooler bag plak..

4) accessories tangan

dah takdenya skg ni nak sarat2 kan tgn ngn cincin & jam. kalo dulu, cincin sampai 2 jari nak letak..hehe..skg bila dah ade anak, nak pakai jam pon takut kalo2 anak terluka , apa lagi kalau terkena cincin..huhu

see see, no more ring and watch..hehe

5) tudung
senang pakai tudung express je skg ni. kdg2 je pakai tudung bawal ngn selendang. tak la makan masa sgt pakai tudung express ni.


6) tv
mane2 crita bersiri yang dah pernah follow, dah x tgk dah.. sbb dah byk kali terlepas..hehe. slalu sgt, tido kan anak, mak nyer skali tertido..camne?

Tuesday, July 5, 2011

Detik detik indah

tetiba rase teringin plak nak flashback hari2 yang penting & bermakna dalam hidup aku...
------------------------------------------------------------------
04.05.09
declare ngan hasben sbg teman istemewa.. hehe.. :P

------------------------------------------------------------------

28.11.09
tunang ngn en hasben.. second day ari raya aji.. alhamdulillah, majlis meriah sbb dibuat time cuti skolah.. & hujan selebat2nya turun waktu hasben sampai je rumah.. :)


kasik klasik sket gamba..

------------------------------------------------------------------

28.05.10
BIG DAY...hari pernikahan ngn hasben..

------------------------------------------------------------------
29.05.10
hari persandingan sebelah perempuan.. suka sgt sbb sgt meriah :)

-------------------------------------------------------------------
30.05.10
majlis bertandang ke pihak lelaki...tema kaler purple :) .. alhamdulillah berlalu dlm suasana sejuk sbb hujan turun sgt lebat time konvoi ktrg smpai ke umah lelaki :)

-------------------------------------------------------------------
18-20.07.10

honeymoon ke pulau perhentian..
(gmba x de sbb sume dalam simpanan hasben..tak transfer ke hard disk lagi..isk!)

-------------------------------------------------------------------
04.08.10
hadiah yang plg2 bermakna dlm hidup aku.. disahkan pregnant 4 minggu.. alhamdulillah
--------------------------------------------------------------------
11.09.10
bermalam di ward pd ari raya pose sbb dehidration..huhu


hasben yang setia menemani isteri dlm ward.. siap pakai baju raya lg :P
---------------------------------------------------------------

03.04.11
kelahiran si putri kesayangan dr perut ibu pd minggu ke 37...alhamdulillah..


dah 3 bulan dah buah hati ibu ni.. :)

Monday, July 4, 2011

Perbualan seorang bayi sebelum kelahirannya

just nak share...dpt dr FB... touching sgt rasa baca bende ni.

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.
Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU” . Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :
Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

3 month old alya

happy 3 mo my dear alya... semoga menjadi anak yang solehah, mendengar kata & bijak pandai macam ayahanda..hehe..

last cek up alya hari tu, berat si putri ni dah 5.2kg (normal weight).alhamdulillah. sihat walafiat anak ibu ni & aku masih lagi diberi kudrat utk menyusukan alya setakat ni.. syukur sangat dengan rezeki allah.

perkembangan alya skg ni:
- suka berborak.. lg2 time nak tido..hehe..go go ga ga..
- tgh prektis nak pusing badan nak meniarap... go alya..go... u can do it
- sign nak tido :- pusing kepala carik susu..hehe
- dah start main soft toys.. slalu aku pegang toys tu & gerakkan dpn dia.. suka sgt sbb dia akan tgk jer bende tu gerak2 dpn dia..
- dah start gak blaja flash card.. smlm dah tunjuk gamba warna2 kat alya.. :)
- menangis skg ni stail merengek2 manja..
- kalau nak susu mesti nak ngn ibu..tp kalau nak tido jer, mesti ayah yg kena dodoikan..
- suka tgk tivi.. skg ni dah kena filter sket rancangn2 tv kalo aku ngn hasben tgk time alya ada sama..

Friday, July 1, 2011

Perihal Lipas

smlm masa semayang isya', aku prasan ada lipas senyap2 jalan depan aku.. serius x kusyuk aku semayang.. after je abis semayang, cepat2 amik hanger, sapu lipas tu pi jauh2...tp dia degil, makin aku halau, makin brani ni...dia kejar aku..huhu..takut sgt..smapai ternaik kaki aku kat katil..

pagi2 time tgh packing brg2 nak balik kmpung, muncul lagik lipas yang sama..terjerit2aku...hasben kat bilik dok gelak jer..dia bole plak buat lawak, kata tu lipas yang lain, bukan lipas smlm..:P

after je siap2 packing n tgh syok bersolek, pi la plak kat henbeg besar kat ruang tamu nak amik bedak...aisey men...lipas tu lagi.adui kali ni dalm beg plak.. aku pn terjerit la lagik.. hehe..bencik..apsal la lipas tu menghantui aku dr smlm... hasben pon apalagi terus amik spray & spary kat lipas tu... abis citer.. aku pon x nak tau apa jadik kat lipas tu lagik..hehe