Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Thursday, November 27, 2014

Train Amir & Alya

Seperti yang dijanjikan, sempena kejayaan Amir yang dah tak berputing lagi, aku & hasben spend time weekend lepas utk belikan dorang hadiah. So last week, bangun pagi siapkan budak2 & terus bergerak ke IOI City Mall yang baru jer bukak 20 Nov. Disebabkan Mall tu pon baru jer dibukak 3 hari yang lepas, umat manusia sangat ramai. Dah tu, lantai dia masih lagi berhabuk dgn pasir & kalau kita nak jalan pon kena slow2 sbb takut terjatuh.. Amir adalah jugak 2-3 kali tergelincir & aku pon masa nak keluar dari Mall tu ada gak terjatuh sambil mendukung Amir.. huhu.

Pergi sana actually nak jugak carik barang2 dapur disamping mainan budak2 tuh. Tapi dah masing2 dok tunjuk protest jer after dapat mainan, cepat2 balik2 umah after dah lunch sesiap & ktrg plan utk keluar semula ptg tu carik barang dapur kat tempat lain. So hasilnya, dapatlah belikan dorang train set kat Toy r us sahaja.. huhu

Sampai umah, budak 2 org tu dok pulun main train & 4 kali jugak la bateri kena tukar sbbnya tak berenti la train tu berpusing2..hehe





Wednesday, November 19, 2014

Hari Graduasi Taska 2014

Kemain sangat budak2 skrg ni. Kecik2 dah ada graduasi.. :). hehe. tapi aku suka jer sbb banyak kesan positif bila budak2 dah didedahkan dgn aktiviti ni. Cthnya aku boleh tengok Alya dah semakin banyak belajar sbb sebelum event ni taksa akan buat preparation awal 1-2 bulan. So, bila balik dari sekolah suka la alya dok cerita pasal aktiviti practice persembahan dia..hehe.. & bila tiba event tu, aku & hasben agak bangga la jugak dgn alya sebab dia mmg berani & tak de takut2 nak naik pentas buat persembahan. Even bila ktrg sampai jer kat dewan tu, dia dah start berkumpul dengan cikgu & kawan2 dia utk buat persediaan... Memula tu aku takut gak la kalau Alya nak dok berkepit dgn ktrg bila sampai dewan. Tapi, Alhamdulillah dia OK jer bila disuruh berkumpul dgn kawan2... :)

Bila balik umah & tgk piala yang dia dapat tersengih2 sambil cakap "Alya amik hadiah kat atas pentas sorang2 ...ibu & ayah duduk kat bawah"...hehe... Proud proud proud... Bila tanya best tak naik pentas? Jawapan dia of course la happy. Siap nak buat lagi persembahan lagi tahun depan..

Amir pulak, dia takde join apa2 aktiviti hari tu. Sampai2 sana after majlis perasmian, dia dah selamat tidur beriba. Terpaksa berganti2 beriba Amir dgn hasben sbb aku over excited nak rekod persembahan kakak dia. hihi. Walaupun dewan tu memula agak bahang & bising dgn crowd, tak terganggu langsung aktiviti membuta amir. Cukup time tidur, dia bangun & main belon ngan kawan2 taska dia..





Alya & the geng. Dia sorang perempuan dalam geng persembahan ni.

Kalau ikutkan event tu start dari 2pm-5pm. Tapi tau la bila kita deal dgn budak2, semua plan adalah bergantung pada dorang jugak :).. Kul 5.30 ptg masih lagi tak habis & ada lagi majlis graduasi utk budak 5-6 tahun. So, memandangkan Alya pon mcm dah penat jer, ktrg decide nak balik awal. Terpaksa keluar dewan awal gak sbb nak mengejar Asar kat umah..

  




Thursday, November 13, 2014

Checkup at 5 month & Amir 23 bulan

Last week buat checkup utk 5 bln kat klinik feveret alya. Alya asal ktrg cakap nak gi klinik jer, tersengih2 la dia sambil cakap "kita nak gi klinik mainan yerk"....hehehe. mentang2 la klinik tu ada "kid's corner", suka ajer bila kita ajak gi sana.. :)

Actually, plan asal bukan nak buat followup check up, tapi nak amik MC sbb aku kena sakit mata start hari Isnin lepas. Pastu, ditambah plak dgn Amir yg tiba2 naik rashes kat badan & nak amik skali krim utk dia. Tapi, bila nak isik borang kat kaunter, budak yg jaga tu tanya "nak buat checkup yer kak?".. so, okla terus la buat checkup skali. Lagipon kalau ikut appointment sbnarnye, hari Rabu aku nyer follow up checkup. so, kita awal kan je la 2 hari tuh.

Bila sampai turn jumpa doktor, segerombolan masuk bilik doktor. Memula check dulu condition Amir, & bila dah dapat ubat dari doktor, turn aku lak plak kan? Ingat kan nak soh jer hasben & budak2 stay je skali, tapi meronta2 la Amir & Alya nak dok kat luar nak sambung main..huhu. sabo je la. So, at last, just aku & doktor jer la tinggal dalam bilik tuh..hehe

Dah 5 bulan pregnancy, Alhamdulillah baby dah semakin aktif bergerak2. Kadang2 tuh rasa geli gak bila dia buat aksi akrobatik dalam perut..hehe. Result check up utk hari tu alhamdulillah semuanya normal.

Berat mak baby: 54.5kg (naik 1kg)
Berat baby: 294g
Gender: Masih belum dapat dikenal pasti
HB/ Urine: Normal

Amir skrg nih dah macam makin paham plak yg dia bakal nak jadik abg. Bile sebut baby, cepat2 dia tunjuk perut aku..hehe. Amir lagi sebulan akan masuk 2 tahun. Vocab dia skrg nih dah makin lancar & dah banyak jugak dia boleh sebut. Kalau dalam kereta tuh, nampak bas atau lori jer, terus jerit, "LORI!!!!"...buat masa ni dia tak tau nak bezakan lagi lori atau bas. Tapi kalau kereta, dia dah kenal & dah boleh sebut dgn lancar. Bila duduk dpn buku, nanti bising la mulut dia dok tanya kita " Ni apa? Ni apa? ".. selagi kita tak jawab, bising la nnti mulut dia.. "ibuuuuu, ni apaaaaa?".....

Doa makan dia plak, mmg sangat simple. Dia duduk depan makanan, tadah tangan pastu baca " bismillahirrahmanirrahim...Amin.." hehe. klaka jer. bila kita sebut doa makan penuh2 dia boleh jer ikut, cuma bila suruh baca sendiri, still tak lepas2 lagi.

& lagi satu berita yg best sgt pasal amir, dia dah tak berputing lagi... yeay!!!...Dah nak dekat seminggu dia takde mintak puting. Even nak tido pon, dia dah tak perlu nak bergantung lagi dgn puting. happy nyer aku & hasben rasa..hehe. so pas ni, ktrg kena tunaikan janji plak nak belikan hadiah sbg upah utk alya & amir...