Alya Sofea (2 tahun 2 bulan)
seorang kakak yang penyayang kat adik. sangat la manja orangnya. dah mula mesra alam. asal org lain ajak p berjalan & nak dukung dia, terus bekepak tangan.. uhhh! risau sungguh dgn perkembangan yang tu. kena closely monitor lps ni...masih belum wean off lagi. siap boleh request tanak susu botol tp nak susu t****k.. sabo jer la.. susu tepung kat umah boleh dikatakan lambat giler nak abis..hehe.. kadang2 bila dah dibancuh sebotol tu, sebotol yang penuh tu juga akan masuk dalam sinki balik..huhu..
Alya start adik dia dilahirkan dah mula tidur lambat. kdg2 aku tido dulu dari dia..hehe.. kalau dia nak tido pandailah2 dia akan carik nenen sendiri. bila tidur lambat, of coz la bangun pon lambat. slalunya kalau weekend aku & hasben aku turun bawah dulu & tutup gate atas siap2.. bila dia dah bangun dia akan panggil je ktrg dari atas..
Alya nasik2 ni dia kurang sikit. nak soh makan nak kena paksa2 sikit baru jalan. makanan feveret dia spagheti. kelas anak aku ni suka makan spagethi..hehe. actually, makanan feveret dia tu segala macam mee dia akan senang hati masuk mulut especially spagethi.. bagi spagethi bolognese ok, mee hon sup ok, laksam ok , mee goreng pon ok.. tp kalau nasik mmg brapa suap jer akan masuk perut dia.
vocab yang sudah mantap di kala ini. skg ni asik jer nak bercakap, nak berborak.. seronok jugak melayan dia. banyak benda dia dah paham & boleh jawab beberapa benda yang kita tanya. suka nyanyi twinkle2, im4u, terima kasih, pastu banyak lagi tp lupa.... nursery rhytm pon banyak jugak dia dah pandai & pro.
sangat suka "mandi time". boleh habiskan berjam2 dalam toilet selagi kita tak paksa keluar. mampu jugak habiskan sebotol mandian time dia mandi T____T.. asik2 bersabun, pastu dia biarkan shower foam tu dalam tub then amik lagi tuang atas tangan lumurkan satu badan....huhu...
Amir Safwan (almost 6 month)
Si adik yang sangat manja jugak.. skg ni pantang la tinggal kan sekejap, terus melalak. sudah kenal org & akan menangis tersedu sedan kalau org yang jarang dia jumpa dukung dia. hehe. suka ketawa terkekeh2 kalau kita mengagah dia. masih lagi fully breastfeed & macam tak berminat lagi dgn solid food.
berat setakat minggu lpas sudah 8kg. sudah slowly naik. takpe2 yang penting pipi maintain labuh...hehe. perkembangan setakat ni, sudah berpusing2 & mula bergerak merangkak secara gostan..haha. aku & hasben letak barang kat depan dia soh dia capai, dia akan start gostan ke belakang. maybe dia nak bergerak ke dpn tapi still belum berjaya lagi.
tidur malam yang awal. sebelum kul 9 dah zzzz. bangun malam beberapa kali utk menyusu & akan senang tertido. tp 2 ,3 hari kebelakangan ni, tidur amir dah tak seindah dulu. dia akan bangun tgh2 malam, minum susu pastu tak mo tido... siap celik bulat mata dia.. kadang2 aku biarkan jer dia main sorang2 smpai dia dah penat baru aku tidor kan balik.. cara tido pon lately ni dah lain sikit. asik la nak tido berpangku. letak je bawah merengek2... T_______T
sama macam kakak dia, amir pon suka mandi. masukkan jer dalam tub, terus terpecik2 air kena kat aku dek dikerjakan amir.. huhu.. abis bergerak semua kaki tangan dia dalam air dok tepis2 air...hehe. bila terkena mata dia terus terkejut & buat muka blur...
kalau dulu, amir tak berapa suka travel & duduk dalam kereta lama2, tp skg ni dia dah ok sikit. kalau dulu 10 minit jer dalam kerete terus resah gelisah & melalak2 nak keluar, tp skrg alhamdulillah dia mula boleh sesuaikan diri. kdg2 dia akan leka tengok kerete kat luar. lega mak apak kau nak.. senang nak bawak pi travel..
my buah hati pengarang jantung...