Alhamdulillah, semalam adalah hari ke-9 ktrg tidur di rumah baru. Emak, Ayah & Adik jugak telah selamat tiba di Mekah bagi urusan Haji. Semoga semua jemaah haji akan mendapat haji yang Mabrur & selamat pulang ke Malaysia seperti yang telah dijadualkan.
Ok, berbalik pada cerita rumah baru pulak. Masih ada lagi 50% lagi kerja2 pemunggahan barang2 dari dalam kotak yang perlu dibuat. Buat masa ni, area yang sudah berjaya dikemas adalah dapur kering, dapur basah, bilik tetamu tingkat bawah, master bedroom & ruang menonton di tingkat atas. Even area2 tu dah berjaya dikemas, still ade lagi kerja2 pengubahsuaian & ruang2 yang masih lagi kosong disebabkan barang2 yang sepatutnya disimpan kat ruangan tu masih berada dalam kotak. hihi.
Kerja2 mengemas rumah baru ni byk sangat dibantu mak & ayah mertua yang sanggup bermalam selama 3 malam kat rumah ktrg semata2 nak menolong mengemas & men decorate rumah...sob2~~. terharu sangat!. Ila & munira pon byk menolong dgn mencuci & mengelap rumah sehari sebelum ktrg berpindah masuk hari Rabu lepas.. TQ all... TQ!!!....
Misi utk weekend ni plak, aku & hasben akan meneruskan lagi perjuangan mengemas rumah & cuba sedaya upaya utk clearkan segala kotak2 yang still byk kat ruang tamu. Pagi2 Sabtu ni dah plan nak keluar gi bandar nak carik tangga utk tujuan memasang langsir.. huhu.. ada 6 tingkap yang still togel x berlangsir.
Insyallah, kena kuatkan semangat utk pasang langsir, clearkan kotak2 yang byk2 tu, & mengemas rumah hujung minggu ni.. Harap2 semuanya berjalan lancar & alya boleh bertoleransi dan tak buat perangai. amin...
Seterusnya nak bercerita plak pasal second pregnancy. Alhamdulillah, aku dah pon memasuki bulan ke-7 pregnancy & trimester terakhir. Dah dapat surat refer utk ke specialist & insyallah aku akan buat buat follow up check up selepas ni dgn doc khamsiah dari hospital An-Nur Bangi. Pregnancy kali ni agak mendukacitakan la jgk bila ramai yang tegur berat aku makin susut & susut. kekadang tu ade gak yang bgtahu dia x noticed pon aku tgh pregnant kalau tgk dr sisi belakang. bila dia tgk dr sisi depan br dia tau aku tgh preggy..hehe... oh yer, berat aku baru jer naik 1.4 kg dr berat asal sepanjang 7 bulan mengandung ni.. tapi, alhamdulillah, berat baby makin lama makin naik & agak montel la jugak doctor ckp kalau nak dibandingkan dgn usia dia ketika dalam perut... Insyaallah, jika dilihat pada scanner, dah jelas "bird" timbul pada bhg kemaluan since dia masih 4 bln lagi..hehe.
Alya plak ktrg tgh ade harapan utk menjadi kakak yang baik & penyayang pada adik dia. Suka tau dia usap perut2 aku sambil kiss2 & sebut baby kat perut aku ni... hehe. So far, perkembangan alya sangat OK & memuaskan utk usia 1 thn 6 bln. Dah boleh paham arahan yang ktrg bagi & kuat membebel. Tp ade 1 benda yang plg dirisaukan pasal alya sejak akhir2 ni. Berat dia ktrg tgk makin susut semenjak dia demam last week. & skg ni la dia baru berselera makan & minum. kdg2, tak cukup 1 botol susu, kena topup lagi dgn mknan lain....:)